awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan perlu kaji satu sistem bantu pekerja hilang pekerjaan - Penganalisis

Fareez Azman
Fareez Azman
08/09/2021
10:17 MYT
Kerajaan perlu kaji satu sistem bantu pekerja hilang pekerjaan - Penganalisis
Juita berkata, meskipun program subsidi upah bagi mengurangkan beban majikan amat membantu, namun negara memerlukan satu perancangan jangka panjang. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengkaji satu sistem lebih kukuh dan berkesan dalam membantu individu yang hilang pekerjaan agar dapat bertahan.
Menurut Felo Indo-Pasifik, Pusat Perth USAsia, Juita Mohamad, meskipun program subsidi upah bagi mengurangkan beban majikan amat membantu, namun negara memerlukan satu perancangan jangka panjang.
"Pekerja perlu ada set kemahiran dan kepakaran bagi sektor swasta dan sektor awam, ini termasuk kepakaran industri dan komunikasi yang baik.
"Set kemahiran ini perlu diterap dengan adanya pendidikan yang kukuh dari awal mementingkan pemikiran kritikal dan kreatif.
"Dengan ini rombakan pendidikan termasuk program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) perlu dibuat supaya graduan kita setanding dikehendaki sektor swasta dan awam," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Rabu.
Pada masa sama, beliau menzahirkan keyakinan bahawa permintaan dan penawaran pekerjaan akan kembali pulih selepas pandemik COVID-19 berjaya dikawal di negara ini.
Ujarnya, ketika ini kebanyakan syarikat swasta mengambil pendekatan tunggu dan lihat bagi mengurangkan kerugiaan terutama apabila sektor ekonomi belum dibuka sepenuhnya.
Sebelum ini, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, sejumlah 40,680 kes hilang pekerjaan direkodkan dalam negara setakat bulan Ogos lepas dengan purata 5,811 kes setiap bulan.
Topic Berkaitan
#hilang pekerjaan
#sistem sokongan
#Pusat Perth USAsia
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan