KUALA LUMPUR:Kerajaan digesa memainkan peranan yang lebih besar untuk membantu industri kreatif seperti mana bantuan dihulurkan kepada industri-industri lain, kata pelakon dan pengarah terkenal, Sabri Yunus.
Menurut Sabri, kerajaan perlu melihat bantuan dan sokongan yang diberikan oleh kerajaan Korea Selatan terhadap industri kreatif negara tersebut hingga mampu menjana pendapatan kepada negara.
Sabri membuat gesaan itu ekoran kesukaran yang dihadapi oleh pemain industri kreatif terutama yang terlibat dalam penerbitan drama dan filem.
Beliau menjelaskan, kesan daripada sekatan yang dikenakan untuk melakukan pengambaran drama dan filem menyebabkan ada pemain industri ini cuba beralih ke bidang lain namun tidak menemui kejayaan.
"Apa yang paling penting kepada saya sekarang ialah bantuan kerajaan sebab di mana-mana negara contohnya Korea Selatan bagimana mereka 'meletup' kerana bantuan daripada kerajaan atau pemerintah.
"Jadi pemerintah harus mengambil peranan yang lebih besar melihat industri ini apatah lagi dalam keadaan sekarang ini," katanya kepada Astro AWANI.
Mengulas mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang dikenakan terhadap pemain industri kreatif, Sabri menjelaskan, pelaksanaan itu amat menyukarkan untuk mana-mana produksi memulakan pengambaran.
"SOP dulu dan sekarang tidak banyak beza, SOP yang dulu pun sudah sukar untuk kami bekerja apatah lagi SOP yang baharu ini, jadi ini sangat sukar untuk kami mulakan pengambaraan.
"Dengan kadar-kadar yang ada, contohnya tidak boleh sampai 20 orang sedangkan kami perlukan lebih kerana melibatkan pelakon dan krew apatah lagi kalau buat filem tentu besar yang terlibat, contohnya krewnya sahaja 100 orang.
"Kebanyakan pengambaran drama dan filem, 80 peratusnya adalah melibatkan outdoor, jadi ia menyukarkan kami," katanya lagi.
Pada Selasa, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kerajaan bersetuju untuk membenarkan sektor industri kreatif kembali beroperasi dengan SOP yang ketat, bermula Rabu.
Ismail Sabri menjelaskan, keputusan itu dibuat setelah kerajaan mengambil kira rayuan yang dibuat oleh pemain industri kreatif.
Irwan Muhammad Zain
Thu Feb 11 2021
Sabri Yunus menjelaskan, SOP yang dikenakan terhadap pemain industri kreatif amat menyukarkan untuk mana-mana produksi memulakan pengambaran. - Gambar fail
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
KLWBC2020: Membaca buku hidup Sabri Yunus
Sabri meninggalkan kampung halaman pada 1982 lalu menuju Kuala Lumpur. Dirinya ingin menjadi seseorang; melangkaui 'title' seniman kampung.
COVID-19: Contohi negara Eropah bantu industri filem pasca PKP - Penggiat filem
Kerajaan memainkan peranan penting membangun semula industri ini yang terjejas teruk.
MB Perak tunjuk bakat berlakon filem
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hanya berlakon satu babak dan penggambaran dijalankan di Taiping yang mengambil masa hanya satu jam.
Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman: Dari novel ke layar
Novel Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman karya Sasterawan Negara, Datuk Dr. Anwar Ridhwan yang pernah diangkat ke pentas kini dipindahkan pula ke televisyen.