KUALA LUMPUR:Kesan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan di beberapa negeri dan wilayah ketika ini tidak sama seperti PKP dilaksanakan Mac lalu.
Ketua Ekonomi Pusat Penyelidikan Pasaran Buruh Masa Hadapan, Perkeso, Prof Madya Dr. Yusof Saari bagaimanapun berkata, kerajaan perlu memainkan peranan dalam memastikan impak PKPB kali ini berada pada tahap yang seminimum mungkin.
"Saya melihat PKPB ini, kesannya tidak sama seperti kesan PKP dulu. Kesannya lebih minimum. Cuma keadaannya sekarang ini, seboleh-bolehnya kita nak meminimumkan kesan itu.
"... kerana kita tahu walaupun PKPB ini tidak sama seperti dulu, tetapi ada beberapa kekangan yang perlu dihadapi bukan sahaja di peringkat perniagaan dan isi rumah itu sendiri.
"Yang pentingnya adalah bagaimana kerajaan memainkan peranan dalam memastikan kesan kepada orang ramai itu seminimum yang mungkin," katanya kepada Astro AWANI melalui Skype pada Selasa.
BACA: PKPB di Selangor, KL dan Putrajaya bermula 14 Oktober
BACA: PKPB di seluruh Sabah susulan peningkatan kes COVID-19
Malah katanya, bantuan dan sokongan dari kerajaan itu penting memandangkan PKPB yang diumumkan adalah turut melibatkan dua negeri dan wilayah yang menjadi tulang belakang ekonomi negara.
"Kita tahu PKPB di Kuala Lumpur dan Selangor. Ini adalah dua negeri yang ekonominya sangat penting dan menjadi tulang belakang kepada ekonomi Malaysia. Kita nak bergerak ke hadapan dalam proses pemulihan ekonomi dan kesannya perlulah minimum," ujarnya lagi.
Tambah beliau, sokongan dan bantuan secara bersasar perlu diberikan kepada mereka yang terjejas sumber pendapatan terutama pekerja kontrak dan harian.
"Tidak banyak sangat yang syarikat boleh lakukan. Paling penting, kerajaan boleh mudahkan, dan bantuan khidmat sokongan bersasar perlu.
"Amat penting kerajaan lihat secara mikro siapa terlibat, kawasan mana terlibat. PKPB bersifat nasional tidak akan berkesan, namun ia perlu bersifat mikro dan bersifat setempat," tambah beliau.
Beliau melihat PKPB kali ini juga tidak banyak memberi kesan barangan dan rantaian bekalan.
"Saya tidak nampak kesan rantaian bekalan. Masa PKP itu, rantaian itu tidak sangat mengganggu. Namun, kita lihat juga bagaimana perniagaan menggunakan kaedah digital dan kaedah-kaedah lain yang boleh menampung atau alternatif kepada PKPB," kata beliau.
Rahimah Abdullah
Tue Oct 13 2020
Kerajaan perlu memainkan peranan dalam memastikan impak PKPB kali ini berada pada tahap yang seminimum mungkin. - Gambar fail
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
Kerajaan perlu pastikan kesan PKPB di tahap seminimum mungkin
Kesan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan di beberapa negeri dan wilayah ketika ini tidak sama seperti PKP dilaksanakan Mac lalu.