awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan perlu perjelas sebab jual MySejahtera kepada syarikat swasta

Sinar Harian
Sinar Harian
26/03/2022
22:15 MYT
Kerajaan perlu perjelas sebab jual MySejahtera kepada syarikat swasta
Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga perlu menjawab persoalan mengapa penjualan aplikasi itu tidak dibuat melalui tender terbuka atas dasar ketelusan. - Foto fail
SHAH ALAM : Kerajaan harus memberikan penjelasan mengapa mengambil keputusan untuk menjual aplikasi MySejahtera kepada syarikat swasta daripada membenarkan aplikasi itu di bawah kawal selia Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga perlu menjawab persoalan mengapa penjualan aplikasi itu tidak dibuat melalui tender terbuka atas dasar ketelusan.
“Apa sebab-sebab MySJ Sdn Bhd menjadi satu-satunya syarikat yang ditimbang tara untuk projek ini? Apakah kerajaan Malaysia sering menganugerahkan individu-individu atau syarikat-syarikat yang menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk manfaat rakyat Malaysia dengan kontrak yang lumayan?
“Apakah skop dan kepakaran MySJ Sdn Bhd terkait pengoperasian MySejahtera dan bagaimana KKM boleh memastikan data-data yang dikumpul oleh aplikasi itu tidak akan disalahguna oleh pihak ketiga termasuk MySJ Sdn Bhd,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sebelum ini pada 24 Mac lalu, sidang Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) telah membangkitkan persoalan tentang penjualan aplikasi pengesanan COVID-19 kepada sebuah syarikat swasta.
Keputusan kerajaan untuk ‘penyerahan’ ini telah diputuskan oleh Kabinet pada 26 November 2021 dan kebenaran telah diberikan oleh kabinet kepada KKM untuk melantik MySJ Sdn Bhd melalui mekanisme runding terus untuk mengambil alih aplikasi MySejahtera.
Bagaimanapun, pada Disember 2021, PAC telah mengesyorkan bahawa kerajaan sepatutnya mengambil alih operasi MySejahtera tanpa kos tambahan memandangkan aplikasi tersebut kini telah menjadi elemen penting dalam sistem kesihatan negara.
Mengulas lanjut, Anwar turut meminta kerajaan menjelaskan syarat-syarat kontrak tertakluk kepada jaminan yang dibuat KKM sebelum ini, tentang data kesihatan peribadi, dasar kerahsiaan MySejahtera dan undang-undang negara yang mengawal selia kerahsiaan data individu.
“Apakah peranan dan tanggungjawab MySJ Sdn Bhd dalam memastikan data yang dikongsi rakyat Malaysia melalui MySejahtera atas dasar mandat awam tidak akan digunakan sama sekali untuk tujuan pemasaran, pembangunan produk, pemantauan, mahupun untuk tujuan yang berunsur diskriminasi?” soalnya.
* Artikel asal disiarkan Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#MySejahtera
#Anwar Ibrahim
#tender terbuka
#PAC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan