awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
Pahang tidak berkompromi pemaju gagal siap projek perumahan rakyat
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan perlu pertimbangkan hukuman penjara mandatori bagi pemandu cuai

Bernama
Bernama
06/11/2017
00:00 MYT
Kerajaan perlu pertimbangkan hukuman penjara mandatori bagi pemandu cuai
Penumpang dan orang awam sering terdedah kepada bahaya atas sikap cuai pemandu bas dan kenderaan berat lain. - Gambar fail
Kerajaan perlu pertimbangkan untuk memperkenalkan hukuman penjara mandatori terhadap pemandu cuai yang menyebabkan kematian penumpang atau pengguna jalan raya yang lain.
Anggota Majlis Keselamatan Jalan Raya Negara Tan Sri Lee Lam Thye dalam kenyataan pada Ahad berkata cadangan bagi hukuman penjara mandatori itu tepat pada masanya kerana penumpang dan orang awam terdedah kepada bahaya atas sikap cuai pemandu bas dan kenderaan berat lain.
"Dalam kemalangan terbaru, seorang pemandu bas ekspres dan 26 penumpang cedera apabila bas itu terbalik di Km434.9 Lebuhraya PLUS (menghala ke utara ) di Rawang.
"Laporan awal menunjukkan dalam kejadian pada 4.50 pagi itu, bas berkenaan yang menghala ke Kuala Lumpur, dipercayai telah melanggar pembahagi jalan dan terbabas sebelum terbalik dan memasuki laluan bertentangan," katanya.
Pada 24 Okt, lapan pekerja kilang maut dan 44 yang lain cedera dalam kemalangan melibatkan dua bas kilang dan sebuah van kilang di Km147 Lebuhraya PLUS dekat plaza tol Juru.
Pada 24 Dis tahun lepas, sebuah bas ekspres yang menghala ke utara terjatuh ke dalam gaung sedalam enam meter di Km137 Lebuh Raya PLUS mengakibatkan 14 orang terbunuh.
Lee mengambil perhatian kemalangan maut paling tragik berlaku pada 2013 apabila 37 penumpang maut dan 16 cedera dalam nahas yang berlaku dekat Tokong Chin Swee , Genting Highlands, Pahang.
"Saya percaya kita perlukan langkah radikal untuk menangani isu ini dengan menanamkan rasa takut dan bertanggungjawab sepenuhnya dalam diri pemandu bahawa mereka akan dipenjarakan jika didapati bersalah memandu secara cuai.
"Kita perlu mempunyai undang-undang efektif untuk memastikan hukumannya cukup berat bagi membanteras pemanduan cuai, khususnya dalam kalangan pemandu kenderaan berat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuai
#Hukuman
#kematian
#kerajaan
#mandatori
#maut
#pemandu
#penjara
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan