awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan perlu utamakan golongan berisiko tinggi dalam perancangan vaksin - MMA

Bernama
Bernama
21/09/2020
20:38 MYT
Kerajaan perlu utamakan golongan berisiko tinggi dalam perancangan vaksin  - MMA
MMA percaya selain daripada mendapatkan pandangan pakar dan kumpulan profesional, orang ramai patut dilibatkan dalam proses membuat keputusan. - Gambar fail REUTERS
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mengalu-alukan cadangan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) supaya vaksin COVID-19 boleh diperoleh tanpa sebarang kos oleh orang awam dan menanti kaedah bagaimana untuk melakukannya.
Presiden MMA Dr N Ganabaskaran dalam satu kenyataan pada Isnin berkata kumpulan kerja Kabinet untuk vaksin COVID-19, MOSTI dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga perlu mengatasi isu siapa atau golongan berisiko tinggi atau mudah dijangkiti yang mana patut diberikan keutamaan mendapat vaksin.
"Di bawah Pelan Peruntukan Vaksin COVID-19 (COVAX) bergantung kepada kebolehsediaan pembiayaan, negara yang dibiayai akan menerima dos vaksin sehingga 20 peratus daripada penduduk mereka dalam jangka masa panjang.
"Siapa yang akan diambil kira sebagai mudah dijangkiti atau berisiko tinggi perlu ditentukan dan disenaraikan secara teratur terlebih dahulu sebelum pengagihan vaksin dalam kalangan 20 peratus tersebut," kata MMA.
MMA percaya selain daripada mendapatkan pandangan pakar dan kumpulan profesional, orang ramai patut dilibatkan dalam proses membuat keputusan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVAX
#COVID-19
#goongan tua
#kumpulan kerja Kabinet
#Malaysian Medical Association
#MMA
#N Ganabaskaran
#orang awam
#Pelan Peruntukan Vaksin
#percuma
#rawatan
#risiko tinggi
#tanpa kos
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan