Kerajaan Perpaduan tidak akan bertukar selepas PRU16 - Mat Sabu

Sinar Harian
Disember 16, 2023 04:09 MYT
Mohamad ketika menyampaikan ucapan perasmian sewaktu Konvensyen Pemuda Nasional 2023 di salah sebuah pusat acara di Bangsar, pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu yakin Kerajaan Perpaduan akan kekal memerintah negara ini selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Menurutnya, keyakinan itu bersandarkan sokongan semakin baik diberikan penjawat awam yang menjadi undi penting dalam setiap pilihan raya.
“Undi penjawat awam kepada kita (sebelum ini) begitu parah susulan wujud dakwaan kerajaan akan bertukar selepas pilihan raya (PRN) di enam negeri (tetapi) selepas tidak ada pertukaran kerajaan.
“Saya yakin selepas empat tahun (PRU16) kerajaan (Perpaduan) tidak (akan bertukar) dan penjawat awam akan bersama (menyokong) kita,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Pemuda Amanah Nasional 2023 di salah sebuah pusat acara di Bangsar di sini, pada Sabtu.
Malah katanya, bukti Kerajaan Perpaduan diterima baik juga dapat dilihat dengan sokongan semakin baik diberikan penjawat awam yang menjadi undi penting dalam setiap pilihan raya.
“Undi penjawat awam kepada kita (sebelum ini) begitu parah susulan wujud dakwaan kerajaan akan bertukar selepas pilihan raya (PRN) di enam negeri (tetapi) selepas tidak ada pertukaran kerajaan (mereka mula tunjuk sokongan kepada kita)," katanya.
Bagaimanapun, Mohamad mengakui sokongan kuat yang diterima di negeri-negeri yang ditadbir kerajaan belum mencukupi.
Katanya, kerajaan juga perlu memfokuskan kepada usaha untuk menarik kembali sokongan rakyat di negeri diperintah pembangkang yang majoritinya pengundi Melayu dan Islam.
"Kita kena lihat kaedah bagaimana hendak tarik sokongan rakyat di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
"Kita tidak boleh terus jadi kerajaan tanpa sokongan orang Melayu dan Islam," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
#presiden amanah #Mat Sabu #Kerajaan Perpaduan #PRU16 #pilihan raya umum