MELAKA: Kerajaan diharap dapat mewujudkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) bagi membendung masalah ketirisan dan mengekang aktiviti kartel yang didakwa menjadi dalang serta punca masalah kekurangan beras tempatan.
Ketua Pemuda UMNO Dr Muhammad Akmal Saleh berkata cadangan itu juga berdasarkan situasi kekurangan bekalan pada masa ini yang dilihat seakan-akan tidak dapat dikawal hingga menyukarkan rakyat mendapatkan beras tempatan di pasaran.
"Melalui penubuhan LPN ia juga dilihat dapat mengatasi konflik kepentingan industri beras pada masa ini dan menfokuskan kawalan bekalan beras tempatan supaya tiada pihak yang mengambil kesempatan ketika rakyat berada dalam keadaan tertekan.
"Kita juga tidak mahu kartel ini mengaut keuntungan besar, sebaliknya pesawah yang bersusah-payah menanggung sengsara dengan harga padi yang rendah dan rakyat pula sukar mendapat bekalan beras tempatan yang mencukupi," katanya kepada pemberita di Banda Hilir di sini hari ini.
Dr Muhammad Akmal yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka berkata pihaknya juga mencadangkan tindakan penguatkuasaan dan hukuman lebih tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan manipulasi bekalan beras tempatan.
Katanya ia seiring dengan pelaksanaan empat langkah intervensi tambahan diumumkan kerajaan Persekutuan semalam bagi menangani isu bekalan beras dalam negara yang menjadi keluh kesah rakyat kebelakangan ini.
"Penguatkuasaan perlu tegas, berani, cepat dan teliti sebab jika ada banyak kelonggaran atau kelompongan dalam isu beras ini, saya percaya segala data yang kita ada itu hanya sekadar angka yang boleh dimanipulasi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2023

Muhammad Akmal berkata cadangan itu berdasarkan situasi kekurangan bekalan beras pada masa ini yang dilihat seakan-akan tidak dapat dikawal. - Gambar fail/Bernama

Penduduk diancam gajah liar sejak tiga bulan lepas
Penduduk di Kampung Sungai Bayu Dalam, di sini mendakwa gajah liar mula muncul di penempatan itu sejak tiga bulan lepas.
158 mangsa rakyat Malaysia masih terkandas negara destinasi
Setakat bulan lalu, 158 mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara, masih terkandas di negara destinasi.
Banjir kilat landa Johor Bahru terburuk sejak 60 tahun
Banjir kilat yang melanda bandaraya Johor Bahru pada Rabu, disifatkan paling teruk dalam tempoh 60 tahun.
Malah dalam tahun ini, hampir 10 kali kejadian sama berulang khususnya di Kampung Mohd Amin yang terletak bersebelahan dataran Bandaraya Johor Bahru.
Ada keluarga mangsa yang tinggal sehelai sepinggang, kerana tidak dapat pulang ke rumah kerana jalan ditutup akibat banjir kilat.
Malah dalam tahun ini, hampir 10 kali kejadian sama berulang khususnya di Kampung Mohd Amin yang terletak bersebelahan dataran Bandaraya Johor Bahru.
Ada keluarga mangsa yang tinggal sehelai sepinggang, kerana tidak dapat pulang ke rumah kerana jalan ditutup akibat banjir kilat.

Google Bard juga kini dikuasakan oleh Gemini
Model AI Google Gemini diumumkan lewat malam semalam dengan ia adalah model yang paling berkuasa pernah dibangunkan oleh Google setakat ini.

COVID-19: Situasi terkawal, tidak bebankan fasiliti kesihatan - Dr Zaliha
Keadaan semasa COVID-19 di Malaysia secara keseluruhannya masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada meskipun terdapat peningkatan kes, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Akta Perkhidmatan Parlimen: Memorandum Jemaah Menteri komprehensif akan dibentang
Ia bagi membolehkan proses merangka kertas kerja pelaksanaan pengenalan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 diteruskan ke peringkat selanjutnya.

KPM kembali beri fokus kepada 3M
Kesenjangan pembelajaran ini adalah isu bersama dan perlu ditangani dengan cara berbeza dan lebih kreatif untuk mendapatkan impak yang lebih ketara.

Isu Gaza: 'Manusia tidak lagi bertamadun' - Tun M
Krisis kemanusian yang meragut ribuan nyawa rakyat Palestin akibat serangan tanpa henti oleh rejim Zionis itu seolah-olah tidak disedari masyarakat dunia.
Adik Zayn Rayyan selamat dikebumikan
Kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara pada jam 7 malam, Khamis. Sebelum itu, jenazah Zayn Rayyan telah dituntut oleh keluarga di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada jam 5.55 petang, Khamis.

Menteri Imigresen Britain letak jawatan
Rishi menerima tamparan hebat selepas menteri imigresen Robert Jenrick meletak jawatan pada Rabu selepas tercetus pertikaian berhubung dasar penghantaran pulang migran ke Rwanda.

Kerajaan Persekutuan dicadang wujud semula Lembaga Padi dan Beras - Akmal
Kerajaan diharap dapat mewujudkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara bagi membendung masalah ketirisan dan mengekang aktiviti kartel beras.

Pesawah tuntut kerajaan wujudkan semula LPN
Pesawah menuntut kerajaan bagi mewujudkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) supaya hak pesawah terhadap pasaran beras tempatan yang lebih adil dapat terlaksana.

Mansuh kawal selia industri beras, tingkat daya saing tempatan - IDEAS
Pemansuhan kawal selia import beras akan menggalakkan daya saing, kecekapan dan inovasi dalam pasaran tempatan.

Kembali peranan asal LPN - Nasrudin
Syarikat itu akhirnya menjadi institusi berorentasikan keuntungan semata-mata apabila didominasi korporat sepenuhnya pada 2014 setelah dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia.