awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Persekutuan, negeri perkukuh kerjasama STI negara

Bernama
Bernama
18/10/2023
13:14 MYT
Kerajaan Persekutuan, negeri perkukuh kerjasama STI negara
Menteri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab ke atas sains, teknologi dan inovasi (MEXCO-STI) mengadakan mesyuarat pertamanya pada tahun ini hari ini. - Foto Facebook Chang Lih Kang
KUALA LUMPUR: Menteri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab ke atas sains, teknologi dan inovasi (MEXCO-STI) mengadakan mesyuarat pertamanya pada tahun ini di sini hari ini.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam kenyataan memaklumkan mesyuarat itu dipengerusikan Menteri berkenaan Chang Lih Kang dan turut dihadiri Timbalan Menterinya Datuk Arthur Joseph Kurup, Ketua Setiausaha MOSTI Datuk Aminuddin Hassim serta Ahli Majlis Kerajaan Negeri yang terlibat secara langsung dengan STI.
MEXCO-STI bermatlamat menyelaras pelaksanaan dasar berkaitan STI, pelaksanaan program serta mewujudkan perkongsian pintar bagi memperkukuhkan kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri.
"Pada mesyuarat MEXCO-STI hari ini, ahli-ahli telah membincangkan berkenaan pembentukan kerjasama dalam memacu bioteknologi negara di bawah BIOALLIANCE dan pembudayaan STI di peringkat akar umbi melalui Ruang Daya Cipta (RDC).
"Turut dibincangkan peluasan pelaksanaan bandar pintar dan komitmen kerajaan negeri Melaka melalui penubuhan pusat RICE iaitu Research, Innovation, Commercialisation and Entrepreneurship@UTEM Melaka," menurut kenyataan itu.
Selain itu, turut dimaklumkan dalam mesyuarat berkenaan adalah program pembangunan teknologi yang memerlukan kerjasama kerajaan negeri, antaranya Program Pembangunan Satelit Penderiaan Jauh Negara yang bertujuan meningkatkan keupayaan industri tempatan dalam pembuatan satelit dan Program Nano Kebangsaan 2023 yang merupakan platform untuk mengiktiraf pelaksanaan kajian serta pembangunan dalam teknologi nano tempatan.
Chang dalam kenyataan sama berkata beliau yakin kesemua strategi tumpuan akan berjaya dicapai menerusi kerjasama erat antara MOSTI dan kerajaan negeri melalui Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 serta Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (10-10 MySTIE).
Beliau berkata kesemua inisiatif itu bergerak seiring untuk meluaskan pemerkasaan dan pengaplikasian sains dan teknologi bagi menyokong transformasi negara daripada pengguna teknologi kepada pencipta teknologi.
"STI memainkan peranan penting sebagai pemboleh daya bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara dan menjadi asas penggerak ke arah negara berteknologi tinggi menjelang 2030. Maka, adalah penting STI diperkukuh serta diarusperdanakan merentasi sektor dan peringkat dalam agenda pembangunan negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#STI
#MOSTI
#Chang Lih Kang
#Sains Teknologi dan Inovasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan