MALAYSIA

Kerajaan Persekutuan peruntuk RM17.5 bilion untuk Sabah, tumpu pembangunan infrastruktur kritikal

Astro Awani 13/11/2025 | 09:40 MYT
Kementerian Kewangan memberikan senarai peruntukan yang disalurkan kepada Sabah menerusi satu hantaran di platform media sosial pada Khamis. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan komited terhadap pembangunan Sabah menerusi peruntukan sebanyak RM17.5 bilion bagi tahun 2026 bertujuan menjamin kesejahteraan rakyat negeri itu.


Ringkasan AI
  • Kerajaan Persekutuan peruntukkan RM17.5 bilion bagi tahun 2026 untuk membangunkan Sabah demi kesejahteraan rakyat negeri itu di bawah Malaysia MADANI.
  • Projek utama termasuk Pan Borneo Sabah bernilai RM13.9 bilion, pembinaan Pusat Jantung Sabah, dan peningkatan bekalan tenaga melalui peruntukan RM1.2 bilion serta RM765 juta bagi Projek Talian Penghantaran Southern Link.
  • Inisiatif ini penting untuk meningkatkan infrastruktur elektrik, kesihatan, pertumbuhan ekonomi, dan kesejahteraan rakyat Sabah, serta memastikan pembangunan inklusif dan mampan di negeri tersebut.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, di bawah pentadbiran Malaysia MADANI, tumpuan utama kerajaan ialah memastikan projek pembangunan kritikal di Sabah dapat dijalankan tanpa gangguan.

"Antara projek utama yang diteruskan termasuklah Pan Borneo Sabah bernilai RM13.9 bilion yang menjadi tulang belakang jaringan pengangkutan darat negeri tersebut.

"Selain itu, kerajaan turut memberi fokus kepada peningkatan kemudahan asas seperti pembinaan Pusat Jantung Sabah di Hospital Queen Elizabeth II.

"Usaha memperkukuh bekalan tenaga di Sabah turut diberi perhatian menerusi peruntukan RM1.2 bilion bagi menjamin kelangsungan elektrik serta RM765 juta untuk melaksanakan Projek Talian Penghantaran Southern Link," ujar Kementerian Kewangan menerusi kenyataan itu.



Tambahnya, kesemua inisiatif ini penting untuk memastikan infrastruktur elektrik dan kesihatan di Sabah terus dipertingkat, seterusnya menyokong pertumbuhan ekonomi serta kesejahteraan rakyat.

Pembangunan Sabah kekal sebagai agenda utama dan segala projek berkepentingan rakyat akan diteruskan demi memastikan negeri itu menikmati pembangunan yang inklusif dan mampan.





Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah jumlah peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan untuk pembangunan Sabah bagi tahun 2026?
    A: Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan sebanyak RM17.5 bilion bagi pembangunan Sabah pada tahun 2026.
  • Q: Apakah projek pembangunan kritikal di Sabah yang diteruskan di bawah pentadbiran Malaysia MADANI?
    A: Projek pembangunan kritikal di Sabah termasuk Pan Borneo Sabah bernilai RM13.9 bilion serta pembinaan Pusat Jantung Sabah di Hospital Queen Elizabeth II.
  • Q: Mengapakah kerajaan memberi penekanan kepada peningkatan kemudahan asas dan bekalan tenaga di Sabah?
    A: Kerajaan memberi penekanan kepada peningkatan kemudahan asas dan bekalan tenaga di Sabah bagi memastikan infrastruktur elektrik dan kesihatan terus dipertingkat serta menyokong pertumbuhan ekonomi serta kesejahteraan rakyat negeri itu.



#kerajaan Persekutuan #peruntukan untuk Sabah #infratsruktur kritikal #kesejahteraan rakyat #terkini