awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan persiap kajian semula separuh penggal RMK12 - PM Anwar

Astro Awani
Astro Awani
15/05/2023
01:30 MYT
Kerajaan persiap kajian semula separuh penggal RMK12 - PM Anwar
Anwar berucap pada perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Dewan De' Seri Endon, Puspanitapuri, hari ini. - Foto Facebook Jabatan Perdana Menteri
PUTRAJAYA: Kerajaan sedang mempersiapkan kajian semula separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Ia termasuk melakukan beberapa anjakan ke arah yang lebih baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau memberi contoh, antara usaha yang akan dibaik pulih adalah isu masalah air di Kelantan dan Sabah yang akan cuba ditangani kerajaan meskipun melibatkan perbelanjaan besar.
"Kita bersedia melakukan beberapa anjakan. Umpamanya, kita persiapkan kajian semula separuh penggal RMK12.
"Bukan bermakna kita tinggalkan atau remehkan usaha yang lama, tetapi kita mesti selalu bergerak ke arah yang lebih baik dan lihat apa kelemahan yang perlu dibaiki.
"Umpamanya keadaan bekalan air di Sabah dan Kelantan, kalau ikut rancangan kita ambil masa terlalu panjang, termasuk dalam RMK12 dan Belanjawan Madani.
"Ini bukan soal politik. Ini soal dasar. Saya sudah runding dengan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Besar Kelantan dan persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
"Kita kena ambil alih tanggungjawab ini walaupun belanja besar. Ini yang kita kena ubah suai," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Dewan De’ Seri Endon, Puspanitapuri, di sini, hari ini.
Pada masa sama, Anwar menggesa agar semua agensi terlibat termasuk Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan, melakukan anjakan serupa walaupun ia tiada dalam perancangan.
Ia perlu disegerakan, katanya, sambil menambah, ia perlu bagi memenuhi keperluan rakyat semasa.
Tegas Anwar, ini juga memerlukan kesediaan penjawat awam untuk berganjak sedikit daripada perancanaan penggubalan dasar seperti biasa.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#RMK12
#bekalan air
#penjawat awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan