awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan pertimbang anugerah beberapa projek oleh koperasi polis

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
13/06/2025
05:44 MYT
Kerajaan pertimbang anugerah beberapa projek oleh koperasi polis
Perdana Menteri hadir merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke-90 (MAPT90) KPDRM Berhad di ibu negara pada Jumaat. - Foto/Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kerajaan mempertimbangkan menganugerahkan beberapa projek kepada syarikat di bawah kendalian Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM) Berhad.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia sebagai salah satu usaha memperkukuh sokongan kebajikan kepada anggota polis dan menyediakan dana tambahan bagi meningkatkan pulangan kepada ahli koperasi.
“Kami akan meneliti projek-projek ini secara menyeluruh untuk memastikan kesesuaiannya dan koperasi mampu melaksanakannya dengan cekap.
“Jika dilaksanakan dengan betul, projek-projek ini boleh memberi manfaat kepada sejumlah besar ahli koperasi,” katanya.
Perdana Menteri berucap ketika merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke-90 (MAPT90) KPDRM Berhad di ibu negara pada Jumaat.
Hadir sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
Anwar berkata demikian sebagai reaksi kepada permintaan yang dibuat oleh Razarudin dalam ucapannya, termasuk permohonan penganugerahan kontrak bagi pembinaan Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kelantan.
Razarudin antaranya lain turut memohon pertimbangan kontrak pembekalan ‘Head To Toe’ Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada KOP Tradtech Sdn. Bhd. dan KOP Logistic Distribution Sdn. Bhd.
Selain itu, memohon kerajaan mempertimbang pemberian geran atau peruntukan khas bagi membiayai caruman dua unit takaful sebanyak RM264 setahun kepada seluruh warga PDRM.
Menurut Razarudin, dengan adanya sokongan daripada kerajaan, Koperasi PDRM akan dapat melangkah lebih jauh dalam memperkasa kebajikan anggotanya, memperluas jaringan perkhidmatan serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara secara holistik.
Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan akan menilai permohonan tersebut kerana ia melibatkan implikasi kewangan.
Bagaimanapun, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa kerajaan sedia menambah bilangan projek pada tahun mendatang, jika koperasi polis menunjukkan prestasi yang baik.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Koperasi Polis
#Polis Diraja Malaysia
#MAPT90
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan