awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir: Beberapa kawasan ekopelancongan utama di Perlis belum beroperasi
Kebakaran musnahkan ratusan tempat perlindungan di kem pelarian Rohingya di Bangladesh
Lebuh raya utama Mozambique terputus akibat banjir, angka korban cecah 106 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan pertimbang cadangan hapus guna dakwat kekal

Bernama
Bernama
17/07/2013
11:00 MYT
Kerajaan pertimbang cadangan hapus guna dakwat kekal
Kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan untuk menghapuskan penggunaan dakwat kekal dan menukar kepada sistem biometric semasa pilihan raya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.
Beliau berkata cadangan untuk menggunakan dakwat kekal adalah daripada pembangkang dan dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang kemudian pelaksanaannya mendapat pertikaian pihak pembangkang sendiri.
"Yang cadang guna dakwat kekal Yang Berhormat Anggota Parlimen Gombak (Mohamed Azmin Ali) dalam jawatankuasa (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya), yang cadang dakwat ini mereka, kita ni ikut, padahal SPR mencadangkan biometrik supaya (guna) cap jari (supaya) tak boleh lari.
"Itu (biometrik) cadangan yang terbaik, kita akan pastikan supaya perkara ini dibincang," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 peringkat jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) ketika mencadangkan penghapusan penggunaan dakwat kekal berkata isu dan polemik dakwat kekal itu berpanjangan berikutan pihak yang tidak menang dalam pilihan raya terpaksa mencari sesuatu alasan tentang kekalahan mereka.
Mengenai sistem biometrik, Annuar berkata Malaysia mempunyai system pendaftaran komprehensif berasaskan kad pengenalan yang mempunyai kawalan begitu ketat dan kemas.
"Kita sudah ada sistem yang cukup bagus tetapi kita melayani dengan soal dakwat, bila kita buat dakwat kekal, ada orang timbulkan pula termasuk berasa was-was air sembahyang sah atau tidak.
"Jika sistem biometrik itu sebagai satu alternatif, adakah pihak kerajaan tidak bercadang untuk menghapuskan sama sekali sistem menggunakan dakwat kekal berikutan banyak negara tidak menggunakan sistem calit di jari pada masa ini," katanya.
Shahidan juga berkata jumlah pengundi berdaftar di negara ini ialah 13,268,147 orang dan jumlah yang mengadu berhubung PRU13 hanyalah 1,469 orang atau 0.0013 peratus.
Topic Berkaitan
#dakwat kekal
#pilihan raya
#Shahidan Kassim
#sistem biometric
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan