awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan pertimbang insentif khas kepada syarikat pembungkus minyak masak kemasan botol - KPDN

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
07/03/2025
07:29 MYT
Kerajaan pertimbang insentif khas kepada syarikat pembungkus minyak masak kemasan botol - KPDN
KPDN memberikan taklimat khas kepada Perdana Menteri berhubung situasi gangguan bekalan minyak masak sawit tulen kemasan botol di pasaran. - Foto KPDN
KUALA LUMPUR: Kerajaan mempertimbangkan pemberian insentif khas kepada syarikat pembungkus minyak masak kemasan botol untuk memastikan mereka mengeluarkan bekalan minyak segera untuk pasaran.

Ringkasan AI
  • Kerajaan mempertimbangkan pemberian insentif khas kepada syarikat pembungkus minyak masak kemasan botol untuk memastikan bekalan minyak segera dipasarkan.
  • KPDN diarahkan untuk memastikan syarikat pembungkus mengembalikan pengeluaran minyak pada kadar mencukupi dan mempertingkatkan penguatkuasaan bagi mengelakkan penyorokan dan penyelewengan.
  • Gangguan bekalan minyak masak disebabkan kenaikan kos pengeluaran akibat harga minyak sawit mentah dunia yang tinggi, menyebabkan syarikat mengurangkan pengeluaran untuk mengawal kos.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ia antara langkah intervensi serta merta selepas taklimat khas bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.
Beliau menambah, KPDN diarahkan untuk menyusul keputusan tersebut dengan mengarahkan syarikat pembungkus minyak masak kemasan botol mengembalikan pengeluaran pada kadar yang mencukupi untuk keperluan semasa.
"Pada masa yang sama, KPDN sedang mempertingkatkan penguatkuasaan untuk memastikan tidak ada aktiviti penyorokan dan penyelewengan semua jenis bekalan minyak masak.
"KPDN akan memastikan arahan dan keputusan hari ini dilaksanakan untuk memastikan syarikat terlibat mula meningkatkan semula kadar proses pengeluaran minyak kemasan botol masing-masing secara serta-merta untuk membolehkan kembali stabil segera dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Armizan berkata, antara punca utama berlakunya gangguan bekalan minyak masak sawit tulen kemasan botol di pasaran adalah disebabkan kenaikan kos pengeluaran.
Jelasnya, ia berikutan harga minyak sawit mentah dunia di pasaran telah meningkat tinggi sejak dua tahun lalu.
Beliau memaklumkan, dalam tempoh dua bulan pertama 2025, harga purata CPO adalah RM4,672.50 pada Januari dan RM4,759.00 pada bulan Februari.
"Susulan daripada kesan harga tinggi CPO yang berlarutan, syarikat pembungkus minyak masak botol terpaksa mengambil pendekatan mengurangkan pengeluaran untuk mengawal kos pengeluaran kerana terikat dengan perintah penjualan harga kawalan maksimum minyak kemasan botol yang berkuatkuasa.
"Sebagai contoh, perintah tersebut mewajibkan penjualan pada peringkat runcit minyak kemasan botol 5 kilogram adalah pada kadar RM30.90 berbanding harga pasaran berdasarkan kadar CPO dunia iaitu RM36.16," katanya.
Dalam masa sama, Armizan berkata KPDN menghargai keprihatinan dan keputusan segera Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan yang mempertimbangkan serta merta peruntukan insentif khas kepada syarikat pembungkus minyak masak kemasan botol.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#kpdn
#Armizan Mohd Ali
#terkini
#minyak masak botol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan