awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hukuman penjara 30 tahun dua lelaki culik ahli perniagaan wanita kekal
APG 2025: Tiada ruang kesilapan buat Bonnie buru emas di Thailand
Perdagangan Malaysia lepasi paras RM3 trilion walaupun berdepan ketidaktentuan global - MATRADE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan pertimbang salur peruntukan tetap kepada YKAT - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
03/10/2025
21:00 MYT
Kerajaan pertimbang salur peruntukan tetap kepada YKAT - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid (tengah) ketika merasmikan Konsert Budi Kasih Malaysia hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia mempertimbangkan permohonan untuk menyalurkan sejumlah peruntukan tetap kepada Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT) bagi membantu menjaga kebajikan penggiat seni tanah air.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan mengenai perincian perkara berkenaan.
"Kerajaan sentiasa komited untuk membantu semua rakyat, jadi saya bagi pihak kerajaan ingin memberikan komitmen terhadap perkara ini, kepada penggiat industri bahawa kita akan bantu.
"Malah, sebelum ini kerajaan juga telah mewujudkan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025, dengan mana-mana golongan artis dan juga penggiat-penggiat seni yang selama ini rasa terpinggir, rasa tidak dipedulikan, telah diberikan perhatian oleh pihak kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Konsert Budi Kasih Malaysia 2025 anjuran YKAT, di sini, pada Jumaat, yang dianjurkan sebagai antara inisiatif untuk mengumpul dana bertujuan membantu kebajikan penggiat seni di Malaysia.
Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Pengerusi YKAT, Datuk DJ Dave.
Terdahulu, DJ Dave dalam ucapan alu-aluannya memohon kepada kerajaan agar menambah dana kewangan kepada yayasan terbabit bagi membantu mereka menjaga kebajikan penggiat seni tanah air, terutamanya golongan veteran dan mereka yang ditimpa masalah kesihatan.
Ahmad Zahid dalam ucapannya turut menyeru supaya badan bukan kerajaan, syarikat korporat dan mana-mana individu untuk bergiat aktif serta menyumbang dalam aspek menjaga kebajikan golongan artis di negara ini bagi memastikannya sentiasa berada pada tahap optimum.
Pada majis itu, Ahmad Zahid turut menyampaikan Anugerah Ikon Seni melibatkan kategori penyanyi, pemuzik dan pelakon kepada tiga penerima iaitu, Datuk David Arumugam (Alleycats), Rahman Mahmood (Man Kidal) dan Margaret Gan.
Ketiga-tiganya membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 setiap seorang dan trofi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penggiat seni
#YKAT
#masalah kesihatan
#golongan veteran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan