PUTRAJAYA: Kerajaan mempertimbangkan untuk menyelaras elaun bulanan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP), bersesuaian dengan peredaran masa dan bebanan tugas, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ketika ini, elaun berkenaan berbeza mengikut negeri dengan Selangor menyediakan elaun tertinggi iaitu RM1,500 diikuti Johor RM1,200.
"Sebolehnya kerajaan memang mahu menaikkan elaun mereka, tetapi kena memahami kedudukan ekonomi negara," katanya perkara berkenaan dibincangkan dalam Mesyuarat Penyelarasan antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dengan Exco Luar Bandar (MEXCLUB), yang dipengerusikannya di sini hari ini.
Buat masa ini, terdapat 15,434 orang JPKK dan JPKKP di seluruh negara.
Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MEXCLUB edisi ke-55 itu, Ahmad Zahid berkata mesyuarat turut membincangkan pelbagai isu bagi memperkasa agenda pembangunan luar bandar, antaranya meneruskan pelaksanaan projek pembangunan infra luar bandar.
Turut dibincangkan ialah usaha memperkasakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), yang ditawarkan institusi pendidikan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Ahmad Zahid turut menetapkan agar mesyuarat MEXCLUB itu yang turut melibatkan exco luar bandar, wakil Kementerian Kewangan, Unit Perancang Ekonomi dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri serta agensi KKDW, diadakan tiga kali setahun.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan beberapa agensi berkaitan telah memobilisasikan aset masing-masing ke lokasi terjejas akibat banjir.
Setakat 2 petang ini, Sabah mencatatkan mangsa tertinggi banjir iaitu seramai 6,331 mangsa, diikuti Johor dengan 5,476 mangsa, Pahang (320) dan Sarawak 56 mangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2023

Zahid berkata, elaun berkenaan berbeza mengikut negeri dengan Selangor menyediakan elaun tertinggi iaitu RM1,500 diikuti Johor RM1,200. - Gambar/ Sinar Harian

AWANI Ringkas: Keanggotaan Majlis Madani babitkan NGO Islam dan Bukan Islam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Agong harap Malaysia-Singapura tingkat kerjasama
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

29 lokasi seluruh negara diperkenan untuk melihat anak bulan Ramadan
Pengisytiharan tarikh mula berpuasa oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja akan dibuat malam ini.

Kita suka menghukum tanpa mengenali orang lain - Muhammad Faisal
Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Muhammad Faisal Abdul Aziz perkara itu boleh diatasi dengan adanya program-program kunjungan dalam konteks agama dan kaum.

Lans Koperal didakwa terima rasuah RM3,500
Ia sebagai dorongan memulangkan semula barang-barang rampasan kes.

Wan Azizah harap Persatuan Pandu Puteri Malaysia terus berkembang
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang.

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

Isu pengangguran, kebolehpasaran belia akan ditangani secara berskala besar - Zahid
Usaha secara menyeluruh itu akan dilaksana dengan melibatkan pelbagai pemegang taruh di peringkat kementerian, jabatan dan agensi.

TPM Fadillah luang masa ziarah Menteri Kerja Raya di HKL
Nanta kongsi pengalaman beliau menerima layanan dan rawatan profesional daripada semua doktor, jururawat dan kakitangan HKL.

'Berfikiran New York, berjiwa Mekah' formula lahirkan graduan TVET berkualiti - Ahmad Zahid
Keseimbangan antara kesejahteraan fizikal dan rohani adalah formula terbaik untuk melahirkan graduan berkualiti.

KKDW akan manfaat dana RM11 bilion untuk teliti kesan mobiliti sosial
Perpindahan penduduk ke kawasan berbeza mempunyai kesan sosialnya tersendiri.

Kerajaan umum dana RM2 juta kepada Pinta untuk perkasakan maahad tahfiz
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata dana itu adalah sebagai tanda sokongan kerajaan untuk usaha berkenaan.

Ambil kira pelbagai perkara sebelum buat perubahan, pemansuhan atau penambahbaikan dasar kerajaan
Proses sewajarnya perlu dilakukan dan sebarang cadangan berkaitan hal terbabit akan dibawa melalui proses biasa.

Belanjawan 2023: KPK fokus penglibatan pekerja tempatan dalam sektor perladangan - Fadillah
KPK akan memberi penekanan kepada penglibatan pekerja tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dalam sektor perladangan.

Belanjawan 2023: Zahid Hamidi sifatkan ke arah keseimbangan
Keseluruhan belanjawan ini memperlihatkan keprihatinan Kerajaan Perpaduan biarpun pilihan raya telah berlalu, kata Zahid Hamidi.

Ulama main peranan penting, jadi rujukan kerajaan - Zahid
Ulama memainkan peranan penting dalam sesebuah kerajaan yang dibentuk kerana golongan terbabit menjadi rujukan sebelum sesuatu polisi atau dasar dilaksanakan.

Peruntukan Ahli Parlimen naik jika kewangan negara bertambah baik - TPM Zahid
Peruntukan pembangunan yang diberikan kepada ahli parlimen adalah sesuai dengan keadaan semasa kedudukan kewangan negara.