awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan pertimbang tambahan pemberian khas kepada Sabah - PM

Astro Awani
Astro Awani
28/02/2023
11:22 MYT
Kerajaan pertimbang tambahan pemberian khas kepada Sabah - PM
Dalam nada berseloroh, Anwar berkata perkara itu selepas mengambil kira harapan pemimpin Sabah yang mahu jumlah pemberian khas tahunan setara dengan apa yang diperoleh Sarawak iaitu RM300 juta.
KOTA KINABALU: Kerajaan akan mempertimbangkan tambahan pemberian khas kepada Sabah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam nada berseloroh, Anwar berkata perkara itu selepas mengambil kira harapan pemimpin Sabah yang mahu jumlah pemberian khas tahunan setara dengan apa yang diperoleh Sarawak iaitu RM300 juta.
"Kita putuskan mulai tahun ini (pemberian khas) RM300 juta kepada Sarawak dan kurang kepada Sabah.
"Kemudian Hajiji mohon dengan ambil kira tekanan (ekonomi) beliau hantar mesej. Tidak apa, kita pertimbangkan... Insya Allah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Menteri kepada Penjawat Awam Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di Kota Kinabalu.
Selain itu, Perdana Menteri projek infrastruktur dengan kos di bawah RM50 juta yang boleh diluluskan kerajaan negeri tanpa perlu mendapat kelulusan Putrajaya perlu disiapkan segera.
Menurutnya, beliau akan mengikut rapat perkembangan projek itu, selain bertanyakan perkembangannya daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
Kata beliau, ini adalah cabaran kepada penjawat awam negeri terutama Jabatan Kerja Raya untuk memastikan projek infrastruktur di bawah RM50 juta disiapkan.
"Setelah enam bulan saya (akan) tanya projek yang dibuat kepada Hajiji (adakah) projek cepat atau tidak... maka kita boleh lihat kuasa yang diberikan atau kita persoalkan (jika projek tidak jalan).
"Dalam lawatan saya nanti saya akan tanya Hajiji bila projek akan siap. Malah ini juga cabaran kepada penjawat awam negeri terutama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan badan-badan lain," katanya.
Topic Berkaitan
#pemberian khas
#pemberian Sabah
#projek infrastruktur
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan