KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM4.9 bilion dalam usaha menyelesaikan masalah berkaitan banjir, perparitan, saliran dan pembentungan di negeri Sabah.
Menurut Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, terdapat lebih kurang 40 projek besar yang akan dilaksanakan bagi menangani isu-isu berkenaan.
"Keseluruhan bagi projek di Sabah melibatkan agensi bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air, Jabatan Bekalan Air (JBA), Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP) dan Jabatan Pengairan dan Saliran.
"Di samping itu, kita juga ada projek-projek kecil melalui cabut undi sahaja, untuk menyelesaikan masalah saliran yang seringkali tersumbat, mungkin lama tak diselenggara.
"Untuk itu kita peruntukkan bagi Sabah, lebih kurang RM13.36 juta untuk 177 projek yang melibatkan seluruh kawasan-kawasan yang seringkali dilanda banjir di Sabah.
Jelas beliau, kunjungan beliau ke Sabah adalah bertujuan melihat dan mencari penyelesaian berkaitan isu banjir, khususnya di daerah Kota Belud.
"Sebab Kota Belud ini satu kawasan yang seringkali berlaku banjir, terutama selepas berlaku gempa bumi dahulu.
"Saya bersama dengan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran dan pegawai-pegawai kanan kementerian turun dengan lawatan kerja untuk kita pergi kawasan-kawasan yang seringkali terdedah dengan banjir dan mencari penyelesaian," katanya.
Beliau juga sempat mengadakan kunjung hormat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bagi membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil bersama bagi menyelesaikan isu banjir di kawasan Kota Belud.
Sementara itu, Tuan Ibrahim yang juga merangkap Timbalan Presiden Pas Malaysia ketika ditemui selepas majlis perjumpaan tertutup bersama ahli-ahli PAS Sabah malam Jumaat, berkata beliau turut menyampaikan amanat kepada ahlinya agar membantu kerajaan negeri dalam melaksanakan agenda pembangunan di negeri Sabah.
"Yang kedua kita peringatkan tentang COVID-19 kepada ahli kita.
"Sekarang vaksinasi telahpun bermula di Sabah dan insya-Allah ahli-ahli Pas akan turut sama menyokong dan mendokong vaksinasi ini.
"Kita juga peringatkan supaya masing-masing memperkasakan kekuatan parti sebagai sebahagian daripada kerajaan yang ada dan insya-Allah kita harap ahli-ahli parti, kepakaran yang mereka ada dapat dimanfaatkan untuk pembangunan di negeri Sabah," katanya.
Eleanor Michelle Patrick
Sat Feb 27 2021
TUAN IBRAHIM: Keseluruhan bagi projek di Sabah melibatkan agensi bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air, Jabatan Bekalan Air (JBA), Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP) dan Jabatan Pengairan dan Saliran. -Gambar fail
AWANI 7:45 [25/04/2024] - Akaun KWSP distruktur semula | Pensyarah pro-Israel | Suspek tembak di KLIA didakwa | Astro Radio kekal nombor 1!
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
AWANI Ringkas: SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM
AWANI Ringkas
Pasaran getah ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal LGM untuk GMM 20 adalah 754 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 700.5 sen sekilogram.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Inspirasi bermakna daripada Forum Umrah & Ziarah 2024
Usaha meningkatkan kapasiti Mekah dan Madinah bagi membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan umrah kini menjadi fokus utama kerajaan Arab Saudi.
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Penjawat awam perlu amal kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas - PM Anwar
Penjawat awam digesa untuk sentiasa mengamalkan kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas supaya dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan pantas.
Kerajaan kekal komited laksana dwirangkaian 5G, DNB penuhi syarat terdahulu - Gobind
Kerajaan semakin hampir untuk melaksanakan dwirangkaian 5G selepas pengumuman Ahli Lembaga Pengarah baharu Digital Nasional Bhd (DNB).
Kos SUKMA Sarawak dianggar hampir RM300 juta
Kos penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tahun ini dianggarkan hampir RM300 juta, antaranya meliputi kerja-kerja menaik taraf venue sukan serta perbelanjaan keperluan logistik.
Break The Siege: Misi flotila ke Gaza belayar esok
Syaff Shukri membawakan perkembangan terkini misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza yang dijadualkan esok.
#AWANI745
#AWANI745
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
Hujan paling lebat di UAE: Rangkaian lebuh raya, lapangan terbang Dubai dilanda banjir
Kebanyakan sekolah di seluruh UAE ditutup manakala pekerja pejabat diarahkan supaya bekerja dari rumah.
UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun
Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).