KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan geran padanan berjumlah RM50 juta kepada Yayasan Hasanah yang diperuntuk melalui Belanjawan 2023 di bawah Geran Khas Hasanah 4.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata kerjasama antara Kementerian Kewangan dan Yayasan Hasanah telah membolehkan pembiayaan terbesar kepada masyarakat sivil serta perusahaan sosial daripada kerajaan.
“Saya amat menghargai sokongan serta kepimpinan Yayasan Hasanah dan Khazanah Nasional. Geran Khas Hasanah juga membolehkan pertumbuhan yang ketara bagi penjanaan pendapatan dalam kalangan masyarakat rentan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama yang dibacakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri di Forum Hasanah dan Persidangan Global Asia Venture Philanthropy Network (AVPN) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.
Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada Yayasan Hasanah dan AVPN kerana mengorak langkah penting dalam menangani isu kesejahteraan mental dalam kalangan belia di Asia dengan penubuhan Dana Terkumpul Dermawan Kesejahteraan Mental Belia Asia.
Anwar berkata tujuan dana itu adalah untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan mental di seluruh Malaysia dan rantau ini dengan menggalak serta menggerakkan lebih banyak modal selain memudahkan perbualan dalam kalangan penderma.
“Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2022, pemikiran untuk membunuh diri dalam kalangan belia telah berkembang sejak sedekad lepas seperti pada 2017, ia adalah 10 peratus dan jumlah ini telah meningkat kepada 13 peratus pada 2022.
“Kemurungan juga telah meningkat dengan angka terkini menunjukkan seorang daripada empat belia mengalami kemurungan. Saya bayangkan jumlahnya juga semestinya meningkat di negara lain.
“Adalah amat penting khususnya bagi belia kita untuk mempunyai akses kepada sumber yang betul serta tempat yang selamat untuk mendapatkan kerana pemuda pemudi kita adalah masa depan Malaysia dan semua negara yang diwakili di sini hari ini,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 22 2023
Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada Yayasan Hasanah dan AVPN kerana mengorak langkah penting dalam menangani isu kesejahteraan mental dalam kalangan belia. - Gambar Bernama
Niaga AWANI: Ringgit dijangka sekitar 4.77 berbanding dolar AS minggu ini
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ini bagaimanapun bergantung kepada reaksi pasaran bon global memandangkan ramai peniaga memberi tumpuan terhadap pelarasan oleh Rizab Persekutuan AS (Fed).
Mustapa Mohamed terima anugerah daripada kerajaan Jepun
Mustapa dianugerahi Grand Cordon of the Order of the Rising Sun daripada Kerajaan Jepun atas sumbangan beliau dalam hubungan Jepun-Malaysia.
Niaga AWANI: Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu ini
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata beliau meramalkan paras sokongan segera pada 1,555, diikuti dengan 1,545.
Niaga AWANI: Cabaran jurang negara kaya dan membangun
Editor Astro AWANI, Najib Aroff menemu bual Mirek Dusek yang merupakan Pengarah Urusan, World Economic Forum (WEF) berkait fokus serta tumpuan Mesyuarat Khas WEF serta jurang negara kaya dan membangun.
AWANI Pagi: Sokongan & peluang pekerjaan untuk komuniti Autistik
Sempena sambutan Bulan Autisme Sedunia pada April, ikuti diskusi bersama Beatrice Leong, Autistik, Aktivis dan Pengasas Persatuan Kesejahteraan Autisme mengenai ekosistem sokongan untuk pekerjaan individu autistik di Malaysia.
Letupan bom Sungai Golok: Penduduk Rantau Panjang turut rasai gegaran
Selain letupan seorang saksi mendakwa turut mendengar insiden berbalas tembakan di kawasan berkenaan.
Niaga AWANI: FOMC Mei 2024 bermula esok, apakah jangkaan keputusan The Fed?
Pasaran kini menjangkakan kadar faedah akan dikekalkan pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) seterusnya iaitu pada 1 Mei ini. Adakah ini akan menepati jangkaan pasaran? Perbincangan bersama Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
Delegasi Hamas ke Kaherah bincang gencatan senjata
Hamas dijangka bertindak balas terhadap cadangan genjatan senjata berperingkat terbaharu Israel yang disampaikan pada Sabtu lalu.
14 rumah terjejas ribut landa Kuala Muda
Antara kawasan lain yang terlibat ialah Kampung Teluk Wang Besar, Kampung Teluk Wang Kechil, Kampung Bukit dan Kampung Masjid.
Manfaatkan teknologi AI dalam sektor pendidikan
Perbincangan diperlukan mengenai cara-cara untuk mengintegrasikan AI ke dalam sistem pendidikan secara berkesan.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
Kerajaan peruntuk RM50 juta bagi pelaksanaan Geran Khas Hasanah 4
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan geran padanan berjumlah RM50 juta kepada Yayasan Hasanah yang diperuntuk melalui Belanjawan 2023 di bawah Geran Khas Hasanah 4.
KRPPM pastikan perubahan sistemik, legislatif untuk tingkat integriti
Kebebasan institusi kehakiman, SPRM, SPR dan memisahkan peranan Peguam Negara daripada Pendakwa Raya juga sasaran KRPPM.
Perkasa pertubuhan masyarakat sivil melalui sistem lebih berkoordinasi - Dr Jemilah
Satu sistem perlu diwujudkan bagi mengkoordinasi serta meletakkan satu tanda aras dalam menambah baik CSO.
Wow! Remaja 19 tahun pun hulur RM50 bantu pengundi #PulangMengundi
JIKA kita teliti semula siri-siri Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini, kehangatan menuju hari pengundian PRU14 9 Mei 2018 (hari Rabu) menyaksikan satu gelombang penyertaan masyarakat sivil yang sangat
Baitulmaqdis hendaklah secara sah menjadi ibu negara Palestin - PM Najib
OIC mesti bersatu dalam usahanya untuk menolak sebarang langkah mengisytiharkan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel tetapi sebaliknya, Baitulmaqdis akhirnya hendaklah menjadi ibu negara Palestin.