awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong

Bernama
Bernama
22/02/2025
12:15 MYT
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata peruntukan itu meningkat RM784 juta atau kira-kira 10 peratus berbanding tahun lepas. - Foto BERNAMA
TAIPING: Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata peruntukan itu meningkat RM784 juta atau kira-kira 10 peratus berbanding tahun lepas.
"Jumlah peruntukan RMT yang disediakan adalah bagi menampung keperluan makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk anak-anak yang memerlukan," katanya ketika berucap pada Program Bantuan Kewangan Pendidikan Toyo Tyre kali ke-12 oleh Toyo Tyre Malaysia Sdn Bhd (TTM) di sini hari ini.
Beliau berkata sebagai antara kementerian yang menerima peruntukan paling besar setiap tahun, Kementerian Pendidikan (KPM) menyediakan 18 bentuk bantuan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah antaranya Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang secara tidak langsung mampu meringankan beban ibu bapa.
Dalam pada itu, Wong berkata pihaknya menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan TTM dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat membantu golongan yang memerlukan.
"Toyo Tyre Malaysia merupakan contoh bagaimana syarikat dapat mengintegrasikan prinsip ESG (Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus) dalam model perniagaan mereka mengimbangi kedudukan kewangan yang baik serta memberi impak yang baik kepada komuniti sekitar dalam memperkasakan generasi akan datang melalui sokongan pendidikan.
"Justeru itu, saya menyeru syarikat lain untuk turut serta dalam usaha membentuk masyarakat yang lebih inklusif dan berdaya tahan," katanya.
Sementara itu, Presiden dan Pengarah Urusan TTM Mike Toh dalam ucapannya berkata pihaknya memperuntukkan RM186,600 menerusi Program Bantuan Kewangan Pendidikan Toyo Tyre pada tahun ini.
Beliau berkata sebanyak RM1.93 juta diperuntukkan di bawah program bantuan berkenaan sejak dilaksanakan pada 2013 yang telah memberi manfaat kepada lebih 500 pelajar sekolah dan universiti kurang berkemampuan di sekitar daerah Taiping.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RMT
#Rancangan Makanan Tambahan
#pelajar miskin tegar
#Wong Kah Woh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan