awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
Arsenal sahkan Mikel Merino akan jalani pembedahan kaki
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan pimpinan Ismail Sabri fokus bantu rakyat - Idris

Bernama
Bernama
29/06/2022
03:30 MYT
Kerajaan pimpinan Ismail Sabri fokus bantu rakyat - Idris
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sentiasa menumpukan kepada usaha-usaha untuk membantu rakyat terutamanya ketika suasana ekonomi yang mencabar ketika ini berbanding perkara lain, kata Datuk Idris Ahmad. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sentiasa menumpukan kepada usaha-usaha untuk membantu rakyat terutamanya ketika suasana ekonomi yang mencabar ketika ini berbanding perkara lain.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, sehingga hari ini, isu selain daripada kepentingan rakyat termasuklah mengenai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak pernah disentuh oleh Perdana Menteri ketika mempengerusikan mesyuarat Kabinet.
"Dalam Kabinet sebenarnya lebih menumpukan dan membincangkan bagaimana kita nak membantu rakyat terutama dalam suasana ekonomi yang agak berat pada hari ini, macam mana kita nak berikan bantuan sama ada melalui subsidi, melalui program-program jualan murah, itu yang selalu kita fikirkan.
"Dan Perdana Menteri juga minta supaya penumpuan ke arah itu, dia tak sentuh lagi bab berkenaan dengan pilihan raya setakat ini," katanya kepada Bernama.
Idris berkata, pada ketika ini, setiap pemimpin politik seharusnya mengelakkan diri daripada terlibat dengan perebutan kuasa yang akhirnya hanya akan merugikan rakyat.
Sebaliknya, katanya, kedudukan sebagai pemimpin seharusnya dipergunakan dengan sebaik mungkin untuk menjadi pemudah cara kepada kehidupan rakyat.
"Kita perlu ingat bahawasanya kita menjadi pemimpin politik ini sebahagian daripada ajaran agama. Sebab itu janganlah kita cemarkan politik ini sebab politik adalah tugas yang mulia. Dalam hal sebegini bila kita menjadi pemimpin, kita mesti jadi pemudah cara kepada rakyat. Kita fikir siang malam untuk rakyat.
"Apabila (berlaku) perebutan kuasa, rakyat yang menjadi mangsa. Negara kita (menerima) kesan daripada COVID-19, rakyat baru nak bernafas, tiba-tiba bila kita berebut macam ini akan mewujudkan suasana yang tidak kondusif yang seterusnya akan memberikan kesan kepada ekonomi," katanya.
Justeru, Idris menggesa seluruh pimpinan politik di negara ini untuk mendahulukan kepentingan rakyat berbanding kepentingan politik masing-masing. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Perdana Menteri
#usaha bantu rakyat
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan