awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib nafi halang siasatan dalam kes 1MDB dan SRC
Jakarta terus dilanda cuaca ekstrem, banjir sehingga hujung Januari
Sewa tapak bazar Ramadan 2026 DBKL kini RM400 - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan puji mekanisme aduan profesional Majlis Media Malaysia - Fahmi

Pia Ernadya
Pia Ernadya
23/01/2026
10:21 MYT
Kerajaan puji mekanisme aduan profesional Majlis Media Malaysia - Fahmi
Kerajaan mengalu-alukan pengenalan mekanisme aduan rasmi oleh MMM yang kini dibuka dan beroperasi sepenuhnya, kata Fahmi. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Mekanisme aduan rasmi oleh Majlis Media Malaysia (MMM) merupakan saluran profesional dan berinstitusi bagi orang ramai.
Justeru, Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, mengalu-alukan pengenalan mekanisme tersebut.
"Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan taniah dan saya amat mengalu-alukan pengenalan mekanisme aduan oleh Majlis Media Malaysia.
"Ini merupakan satu saluran yang profesional dan berinstitusi untuk orang ramai, malah juga pihak-pihak berkepentingan untuk kemukakan aduan berkaitan amalan kewartawanan, etika media dan kandungan berita.
"Jadi kita serahkan kepada pihak majlis media nanti untuk bantu uruskan akhirnya nanti ke arah kawalan kendiri isu-isu yang melibatkan media dalam negara kita," beliau berkata demikian dalam sidang media mingguan di Putrajaya pada Jumaat.
Terdahulu, MMM mengumumkan bahawa mekanisme aduan rasmi kini dibuka dan beroperasi sepenuhnya, menyediakan saluran profesional dan berinstitusi untuk orang ramai dan pihak berkepentingan mengemukakan aduan berkaitan amalan kewartawanan, etika media dan kandungan berita.
Pengumuman ini dibuat susulan perkembangan terbaharu, termasuk isu melibatkan China Press yang mencetuskan perdebatan awam serta laporan polis yang dibuat oleh pihak tertentu berhubung Titah Agong ketika pembukaan Penggal Kelima Mesyuarat Parlimen ke-15, baru-baru ini.
MMM dalam kenyataan memaklumkan aduan boleh disalurkan melalui e-mel kepada [email protected] atau laman web rasmi https://majlismedia.my/complaints/, yang dikendalikan di bawah Jawatankuasa Kod Tatakelakuan dan Aduan yang berfungsi sebagai saluran bebas, telus dan tidak bersifat menghukum, selaras dengan prinsip kawal selia kendiri media.
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#jemaah menteri
#Majlis Media Malaysia
#mekanisme aduan ramai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan