TASEK GELUGOR: Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak perlu 'syok sendiri' dan berbangga dengan pencapaian kononnya berjaya melaksanakan 90 peratus daripada 68 janji yang terkandung di dalam manifesto pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua, Datuk Muhamad Yusoff Mohd Noor berkata, manifesto 2018 bertemakan Saya Sayang Pulau Pinang merangkumi 11 tema utama yang digariskan kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) itu masih banyak yang gagal dilaksanakan sepenuhnya selain didakwa hanya fokus kepada kawasan tertentu.
Menurutnya, kerajaan negeri sepatutnya adil dan tidak meminggirkan mana-mana pihak dalam memenuhi semua janji-janji sebelum berbangga kononnya telah berjaya menunaikan manifesto kepada rakyat Pulau Pinang.
"Masih banyak lompong dan janji yang belum ditunaikan malah apa yang digariskan dalam 11 teras utama oleh Ketua Menteri hanya retorik semata-mata.
"Apa maksud perumahan untuk semua yang telah mereka berjaya buktikan? Adakah Rumah untuk golongan tertentu dan tidak mampu dimiliki oleh rakyat marhaen itu lah yang mereka maksudkan," katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabatnya di sini, pada Selasa.
Muhamad Yusoff yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang mendakwa pembangunan dan kemudahan asas yang tidak seimbang juga antara kegagalan kerajaan negeri yang sehingga kini masih berlaku dan ia tidak langsung menggambarkan kejayaan mereka dalam memenuhi janji manifesto.
Tambahnya, apa yang lebih menyedihkan kebanyakan kawasan yang ketinggalan itu adalah di luar bandar terutamanya yang dikuasai oleh ADUN pembangkang negeri ini.
"Masih banyak kampung di Sungai Dua yang tidak mendapat akses atau capaian internet yang baik serta kemudahan asas lain malah peruntukan untuk pihak berkuasa tempatan di sini juga sedikit tidak setara yang diterima di kawasan lain.
"Kebanyakan pembangunan hanya tumpu di kawasan bandar termasuk juga pelancongan, kebudayaan, kesenian, warisan dan sukan yang mereka gariskan," katanya.
Mengulas lanjut, Muhamad Yusoff berkata, usaha kerajaan negeri menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri hijau juga antara janji yang tidak boleh dipercayai selepas berlaku banyak kejadian bukit yang digondolkan selain perancangan melaksanakan pelbagai projek tambakan laut yang jelas akan memusnahkan lagi ekosistem serta alam sekitar negeri ini.
"Ini yang mereka kata nak jaga alam sekitar? Ini agenda hijau yang diusahakan mereka?" soalnya lagi.
Pada Isnin Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, Kerajaan Negeri Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang berjaya melaksanakan 90 peratus daripada 68 janji yang terkandung di dalam manifesto pada PRU14 lalu.
Kon Yeow berkata, sebanyak 54 perkara yang dijanjikan dalam manifesto kepada rakyat Pulau Pinang pada tahun 2018 berjaya ditunaikan oleh kerajaan negeri setakat ini.
Menurut beliau, sebanyak 12 janji masih pada peringkat pelaksanaan manakala dua lagi tidak akan dijalankan ekoran berlaku pertindihan dengan program Kerajaan Persekutuan.
Kon Yeow menjelaskan bahawa Manifesto 2018 bertemakan Saya Sayang Pulau Pinang merangkumi 11 tema utama iaitu pentadbiran Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT); Perumahan untuk semua; Negeri Keusahawan; Meningkatkan Kemudahan Asas; Negeri Hijau; Pembangunan Pendidikan dan Kemahiran; Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Sukan; Negeri Berkebajikan; Memartabatkan Islam serta Masyarakat Majmuk yang Harmoni.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Wed May 11 2022

MUHAMMAD YUSOFF: Masih banyak lompong dan janji yang belum ditunaikan malah apa yang digariskan dalam 11 teras utama oleh Ketua Menteri hanya retorik semata-mata. - Foto Facebook/Muhamad Yusoff Mohd Noor

Logan Paul ikat kontrak bersama WWE
Paul mengumumkan telah menandatangani kontrak yang berakhir sehingga tahun depan dengan organisasi gusti itu.

10 pemancing, tiga kru bot dikhuatiri hilang
Kesemua mereka turun ke laut kira-kira jam 10 pagi Sabtu lalu dari Jeti Pengkalan Kubu dan sehingga kini gagal dihubungi.

Ibu tunggal syukur terima bantuan rumah baharu
Menjunjung kasih Pemangku Raja Pahang yang sentiasa prihatin dengan nasib rakyat jelata.

KKN Sabah bangunkan sistem, cegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan
Kerajaan Negeri Sabah menerusi KKN akan mewujudkan Integrated System secara atas talian antara KKN dan MPOB bagi mencegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan oleh syarikat di negeri itu.

Politik | Najib nafi minta Anwar gugurkan kes mahkamah
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau pernah meminta Ketua Pembangkang itu untuk menggugurkan kes mahkamah sekiranya mahu disokong sebagai Perdana Menteri. Ahli Parlimen Pekan itu berkata beliau tidak pernah meminta mana-mana individu untuk mengugurkan kesnya di mahkamah melalui pengaruh politik.

Ibadah Korban | JAWI umum ketetapan baharu
Kesemua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dibenar untuk melaksanakan ibadah korban sempena Aidiladha yang akan disambut pada 10 Julai bersamaan 10 Zulhijjah, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail.

Bantuan | Bagaimana mahu bantu rakyat ketika inflasi?
BBerlaku perubahan pekerjaan dalam kalangan belia untuk berniaga dan bekerja dalam dalam perkhidmatan e-hailing, kata Felo Penyelidik Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Fauzi Fadzil. Beliau menyifatkan ia merupakan sesuatu perkara yang membimbangkan dan seterusnya perlu ditangani dengan segera.

Pemilihan PKR: Hans Isaac pecah tradisi, menang Ketua Cabang Ampang
Hans Isaac memperolehi 748 undi sementara Altimet memperoleh 746 undi.

"Moga Allah gantikan segala kesakitan, kepedihan"- Doa Neelofa buat Puteri Sarah
Neelofa sudah lama tahu masalah rumah tangga Puteri Sarah, Syamsul.
![[TERKINI] 1.6 juta penjawat awam bakal bermanfaat skim ansuran kenderaan [TERKINI] 1.6 juta penjawat awam bakal bermanfaat skim ansuran kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976095/thumbnails/11644311721656649310051_640x360.jpg)
[TERKINI] 1.6 juta penjawat awam bakal bermanfaat skim ansuran kenderaan
Kira-kira 1.6 juta penjawat awam bakal berpeluang membeli atau memperbaharui insurans kenderaan mereka secara ansuran tanpa sebarang faedah menerusi Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia MyEzyCover.com. Perincian lanjut bersama Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah di Putrajaya.

Kerajaan Pulau Pinang jangan 'syok sendiri'
Kerajaan negeri sepatutnya adil dan tidak meminggirkan mana-mana pihak dalam memenuhi semua janji-janji.