MALAYSIA
Kerajaan rangka dasar baharu perkukuh keterjaminan makanan negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Keterjaminan Makanan Negara yang menyentuh mengenai strategi untuk memangkin industri pertanian secara menyeluruh. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbangkan dan memuktamadkan satu dasar baharu berkaitan sektor pertanian, sebagai tindak balas proaktif terhadap cabaran keterjaminan makanan yang semakin kompleks menerusi pendekatan bersepadu yang dipacu misi dan berteraskan bukti.
Ringkasan AI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dasar tersebut, memberi tumpuan kepada pengeluaran pertanian dan agromakanan yang cekap dan produktif, kemampanan sistem agromakanan, diplomasi makanan serantau, pemakanan sihat dan seimbang, serta pertumbuhan ekonomi terangkum.
"Dasar ini turut akan diperkukuh dengan perundangan khusus bagi menyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan dasar serta tindakan antara pelbagai agensi dan kementerian yang terlibat.
"Langkah ini penting bagi memperkukuh tadbir urus selain memastikan keberkesanan pelaksanaan Dasar Keterjaminan Makanan Negara secara menyeluruh," kata Anwar dalam hantaran di Facebook.
Seiring dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), beliau berkata sektor pertanian perlu diperkukuh melalui pendekatan baharu yang lebih mampan, berdaya tahan dan berorientasikan teknologi.
Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Keterjaminan Makanan Negara yang menyentuh mengenai strategi untuk memangkin industri pertanian secara menyeluruh.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kerajaan sedang memuktamadkan dasar baharu sektor pertanian bagi menangani cabaran keterjaminan makanan melalui pendekatan bersepadu dan berasaskan bukti.
- Dasar ini menumpukan kepada pengeluaran pertanian cekap, kemampanan agromakanan, diplomasi makanan, serta pemakanan sihat dan ekonomi inklusif.
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dasar itu akan disokong perundangan khas dan tadbir urus baharu selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).