Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
MALAYSIA

Kerajaan rangka intervensi khusus bantu generasi ‘sandwich’ berdepan tekanan ekonomi

Shafiqa Azami 19/11/2025 | 03:50 MYT
Nancy (kiri) meninjau reruai di Majlis Perasmian Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2025 (PERKKS) pada Rabu.
KUALA LUMPUR: Kerajaan melaksanakan program intervensi baharu khsus bagi membantu generasi ‘sandwich’,bagi menyokong generasi ‘sandwich’, iaitu golongan muda yang bukan sahaja berdepan tekanan ekonomi semasa, tetapi turut memikul tanggungjawab menjaga ibu bapa serta keluarga mereka sendiri.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, generasi ini mempunyai perancangan hidup yang berbeza termasuk ada yang memilih untuk tidak mempunyai anak namun kerajaan bertanggungjawab memastikan mereka tetap mendapat sokongan sewajarnya.

“Mereka mempunyai perancangan sendiri, tetapi sebagai ‘sandwich generation’, mereka terpaksa memikirkan banyak perkara tekanan ekonomi, tanggungjawab keluarga, dan masa depan mereka sendiri.

Program intervensi ini bukan bantuan kewangan, tetapi bantuan maklumat, pengetahuan serta sokongan dasar untuk membantu mereka membuat keputusan hidup yang lebih seimbang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media di Majlis Perasmian Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2025 (PERKKS), di sini, pada Rabu.

Nancy berkata, kerajaan sedang memperkukuh usaha meningkatkan kadar kesuburan negara melalui pendekatan yang lebih inklusif, termasuk membetulkan persepsi bahawa isu kesuburan hanya melibatkan wanita.

Menurutnya, Program Bantuan Rawatan Kesuburan & Advokasi Infertiliti (BUAI) kini merekodkan 1,300 pendaftaran, dengan 12 peratus kadar kejayaan rawatan setakat ini.

Tambah Nancy, usaha jangka panjang turut melibatkan pendidikan awal melalui Pusat Remaja KafeTEEN, yang memberi pendedahan kepada pelajar dan remaja mengenai kesihatan reproduktif serta isu seperti kehamilan remaja dan tanggungjawab sosial.

Mengulas cabaran negara menuju fasa Malaysia negara menua , Nancy menegaskan, kementeriannya memperkukuh pendekatan ekonomi penjagaan (care economy) untuk memastikan warga emas kekal produktif dan mendapat sokongan penjagaan sewajarnya.

“Di sinilah peranan kerajaan menyediakan perkhidmatan untuk menyokong mereka (warga emas), selaras dengan kerangka dasar ekonomi penjagaan “care economy” dan pelan tindakan warga emas yang sedang diperhalusi,” katanya.

“Kita mahu mereka menjadi produktif. Selain daripada itu dari segi undang-undang kita ada juga untuk dasar tindakan-tindakan untuk warga emas. Kita ada itu baru sahaja lancarkan di Sabah hari itu tetapi secara khususnya masih lagi dalam perancangan melakukan aktiviti-aktiviti ataupun untuk menepati pelan tindakan warga emas tersebut.”katanya.




#generasi sandwich #negara menua #Datuk Seri Nancy Shukri