awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM, KPT teliti aspek teknikal pelaksanaan wajib Bahasa Melayu, Sejarah
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan rencana transformasi, hala tuju baharu agenda bumiputera sedekad ke hadapan - PM Anwar

Bernama
Bernama
22/07/2024
15:03 MYT
Kerajaan rencana transformasi, hala tuju baharu agenda bumiputera sedekad ke hadapan - PM Anwar
Menurut Perdana Menteri, perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat MEB Bilangan 2 Tahun 2024 yang dipengerusikan sendiri oleh beliau hari ini. - Gambar FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan telah membincangkan dengan teliti kerangka dan inisiatif-inisiatif dalam memberi anjakan penyertaan, pemilikan dan penguasaan bumiputera selari dengan aspirasi Ekonomi MADANI.
Menurut Perdana Menteri, perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) Bilangan 2 Tahun 2024 yang dipengerusikan sendiri oleh beliau hari ini.
"Sewaktu mempengerusikan mesyuarat itu hari ini, tumpuan terarah kepada perencanaan transformasi dan hala tuju baharu agenda bumiputera untuk sedekad ke hadapan," katanya menerusi catatan pada laman sosial X beliau.
Menurut beliau, sokongan agensi kerajaan termasuk Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) masih diperlukan melalui penyelarasan, pengukuhan pendekatan dan sokongan penggunaan teknologi baharu yang didasari mandat penubuhan mereka.
Selain itu, beliau turut menegaskan keperluan supaya inisiatif-inisiatif yang dirangka, turut dipanjangkan manfaatnya kepada kumpulan masyarakat lain yang turut memerlukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#laman sosial
#GLC
#pelaburan
#ekonomi madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan