awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit kukuh berbanding dolar AS berikutan daya tahan ekonomi
WEF2026: Dialog, adab, bukti elemen penting tangani manipulasi maklumat – Jemilah Mahmood
Mahkamah Korea Selatan bebaskan lelaki dihukum mati 50 tahun lepas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Sabah berada di landasan betul untuk pacu ekonomi negeri - Hajiji

Bernama
Bernama
29/07/2022
21:00 MYT
Kerajaan Sabah berada di landasan betul untuk pacu ekonomi negeri - Hajiji
Hajiji yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata kerajaan negeri akan meneruskan momentum dalam semua aspek. - Foto fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah berada di landasan yang betul untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri kerana jumlah perdagangannya meningkat 9.8 peratus tahun ke tahun kepada paras tertinggi berjumlah RM87.2 bilion tahun lepas, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Hajiji yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata kerajaan negeri akan meneruskan momentum dalam semua aspek bukan sahaja menggalakkan perdagangan tetapi membawa lebih banyak pelaburan berimpak tinggi untuk mengembangkan ekonomi.
"Ia petanda positif dan kami mengalu-alukan pencapaian ini," katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada Bernama pada Jumaat.
Pada Khamis, Bernama melaporkan bahawa jumlah perdagangan Sabah meningkat sebanyak 9.8 peratus tahun ke tahun kepada paras tertinggi sebanyak RM87.2 bilion pada 2021, memetik Laporan Perangkaan Perdagangan Luar Negeri Sabah Jabatan Perangkaan Malaysia.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata Sabah telah berdagang dengan 134 negara pada 2021, prestasi perdagangan negeri itu kukuh disebabkan peningkatan dalam eksport yang meningkat 34.7 peratus tahun ke tahun kepada RM55.7 bilion.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hajiji Noor
#Sabah
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan