[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
NATIONAL

Kerajaan Sabah perkenal Skim Insurans Berkelompok percuma, manfaat 3.5 juta penduduk

Hasimi Muhamad 09/04/2025 | 09:20 MYT
Masidi berkata, perlindungan insurans kemalangan itu adalah percuma kepada setiap penduduk yang layak. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kabinet Sabah yang bermesyuarat hari ini meluluskan Skim Insurans Berkelompok, yang dijangka memberi manfaat kepada sekitar 3.5 juta penduduk tempatan.

Ringkasan AI
  • Kabinet Sabah meluluskan Skim Insurans Berkelompok yang memberi perlindungan insurans kemalangan percuma kepada sekitar 3.5 juta penduduk tempatan.
  • Skim ini dilaksanakan oleh Progressive Insurance Bhd dan menawarkan perlindungan sehingga RM10,000 serta faedah khairat kematian sebanyak RM500.
  • Skim perlindungan percuma ini bermula dari 1 Mei 2025 hingga 30 April 2028, bertujuan menjaga kebajikan rakyat dan mengurangkan beban kewangan kumpulan B40.

Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun dalam kenyataan berkata, perlindungan insurans kemalangan itu adalah percuma kepada setiap penduduk yang layak.
Katanya, perlindungan insurans tersebut akan dilaksanakan melalui syarikat milik Kerajaan Negeri Sabah, Progressive Insurance Bhd.
"Lebih kurang 3.5 juta penduduk Sabah yang berumur antara satu bulan hingga 80 tahun secara automatik akan memperolehi insuran perlindungan diri secara percuma, bernilai sehingga RM10,000, serta faedah khairat kematian sebanyak RM500," katanya dalam kenyataan itu, hari ini.
Masidi menambah sebagai permulaan, skim perlindungan percuma itu dilaksanakan untuk tempoh tiga tahun mulai 1 Mei 2025 sehingga 30 April 2028.
Beliau menjelaskan, melalui proses tuntutan insurans yang cekap, sebarang tuntutan bayaran disalurkan kepada penerima dalam masa 14 hingga 30 hari selepas dokumen lengkap dikemukakan.
"Skim perlindungan insurans ini merupakan satu lagi usaha Kerajaan Sabah menjaga kebajikan rakyat.
"Selain itu, mengurangkan beban kewangan rakyat khususnya mereka yang tergolong dalam kumpulan B40," katanya lagi.
#Skim insurans percuma #Kerajaan Sabah #Hajiji Noor #terkini