KUALA LUMPUR :Sehingga 13 November 2020, kerajaan telah menyalurkan lebih RM1.35 bilion untuk membantu melonjakkan perniagaan dalam negara melibatkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan tertinggi disalurkan melalui Pembiayaan PKS PENJANA di mana sebanyak 4,937 permohonan telah diluluskan dengan nilai pinjaman berjumlah RM1.033 bilion.
Menurutnya, Pembiayaan Sektor Pelancongan PENJANA pula menyaksikan 478 PKS telah menyerahkan permohonan mereka dan sebanyak 208 permohonan telah diluluskan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM41.8 juta.
“Ketiga, Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN atau TEKUN Business Recovery Scheme (TBRS) khas untuk PKS Mikro. Sehingga 13 November 2020, sebanyak RM86.7 juta telah disalurkan di bawah TBRS yang telah membantu 13,042 PKS Mikro.
“Keempat adalah Pembiayaan Mikro Kredit PENJANA di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN). Sehingga 13 November 2020, sebanyak RM197.7 juta telah disalurkan kepada 5,570 PKS Mikro merangkumi bidang peruncitan dan perkhidmatan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Laporan LAKSANA ke-30 secara maya menerusi Facebook rasmi beliau pada Selasa.
Tambah beliau, kerajaan juga melaksanakan beberapa inisiatif bagi menyokong sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat COVID-19.
“Setakat 13 November 2020, nilai pengecualian cukai yang telah dimanfaatkan oleh pengendali premis penginapan telah mencecah nilai RM727.4 juta.
“Antara inisiatif lain bagi menyokong sektor pelancongan merangkumi pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 ke atas perbelanjaan melancong serta pengecualian cukai pelancongan sepenuhnya.
“Kedua-dua inisiatif telah bermula dan akan tamat pada 31 Jun 2021,” ujarnya.
Katanya lagi, nilai pengecualian duti eksport juga dilaksanakan kepada sektor komoditi dan setakat 13 November 2020, duti yang berjaya dimanfaatkan oleh industri itu berjumlah RM301.1 juta.
Astro Awani
Tue Nov 24 2020
Tengku Zafrul berkata, peruntukan tertinggi disalurkan melalui Pembiayaan PKS PENJANA. -Gambar fail
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
SPRM tahan pengurus sumber manusia kemuka tuntutan palsu lebih RM200,000
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pengurus sumber manusia bagi membantu siasatan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM200,000.
Pengusaha kantin buat tuntutan palsu insentif program Penjana didenda RM50,000
Pertuduhan pilihan dibacakan kepada tertuduh dan dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu setelah menerima tawaran pengakuan daripada pihak pendakwaan.
LIMA '23: UMT lebar kerjasama dengan enam pemain industri
UMT pada Khamis melebarkan kerjasama sempena LIMA'23 dengan meningkatkan rangkaian menerusi memorandum MoA dan MoU dengan enam pemain industri.
12 lagi ditahan SPRM kemuka tuntutan palsu Penjana Kerjaya
Penahanan suspek berusia 29 sehingga 53 tahun itu dilakukan malam Selasa secara serentak di seluruh negara.
PENJANA: 47 pengarah syarikat ditahan seleweng dana
Tangkapan ke atas 47 individu berkenaan terdiri daripada 14 wanita dan 33 lelaki dilakukan sejak petang semalam.
Ops Hire: Tekad SPRM banteras ketirisan, penyelewengan dana awam
Di bawah strategi -Pemerkasaan Penguatkuasaan Berkesan-, SPRM memberi penekanan terhadap tiga bidang utama iaitu perolehan kerajaan, sektor penguatkuasaan dan dana awam atau peruntukan khas kerajaan.
Kerajaan salur RM20.92 bilion bagi program subsidi upah - Tengku Zafrul
Program Subsidi Upah adalah untuk mengekalkan penggajian 2.96 juta pekerja tempatan dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran.
Kerajaan salur RM20.89 bilion bagi Program Subsidi Upah - Tengku Zafrul
Ia untuk mengekalkan penggajian 2.96 juta pekerja tempatan dan mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.
Pengarah syarikat ditahan bantu siasatan kemuka laporan palsu kepada MAFI
Lelaki berusia 32 tahun ditahan di pejabat SPRM Kedah, di sini pada pukul 11.18 pagi tadi.
Kerajaan salur RM20.147 bilion kepada 357,429 majikan melalui PSU - Tengku Zafrul
Ia bagi mengekalkan penggajian 2,951,854 pekerja tempatan dalam usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.