awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan salur RM1 juta kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin

Bernama
Bernama
09/10/2023
14:13 MYT
Kerajaan salur RM1 juta kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin
Ahmad Zahid berkata ia merupakan langkah segera Kerajaan Malaysia dalam menyalurkan sumbangan kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang amat memerlukan pelbagai bentuk bantuan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyalurkan RM1 juta dana serta-merta kepada tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang dikendalikan Kementerian Luar, susulan konflik keganasan dan pertempuran di Semenanjung Gaza ketika ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ia merupakan langkah segera Kerajaan Malaysia dalam menyalurkan sumbangan kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang amat memerlukan pelbagai bentuk bantuan.
"Kerajaan akan terus memudah cara urusan penyaluran bantuan kepada rakyat Palestin dengan kadar segera," katanya ketika menggulung sesi penerangan menteri berhubung Perkembangan Semasa Konflik Palestin-Israel di Dewan Rakyat hari ini.
Ahmad Zahid juga meminta Ahli-ahli Parlimen agar bersama-sama menghulurkan sumbangan ke tabung berkenaan yang turut disediakan di lobi Parlimen hari ini, sebagai tanda solidariti kepada perjuangan rakyat Palestin.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia juga akan terus menggesa kesemua badan serantau dan antarabangsa untuk mengadakan sidang atau mesyuarat khas seberapa segera dan secara konsisten pada setiap masa, bukan hanya setelah konflik berdarah tercetus.
Beliau berkata ketika ini, Dasar Luar Malaysia adalah jelas dan konsisten mengenai isu Palestin dan ia tidak akan berubah selagi hak mutlak Palestin tidak dikembalikan.
"Malaysia tidak akan menormalisasikan hubungan dengan Israel," katanya.
Ahmad Zahid turut menzahirkan penghargaan atas sokongan padu dan solidariti Ahli Parlimen dalam sesi perbahasan kerana mempertahan dan memperjuangkan hak rakyat Palestin untuk mendapatkan kembali hak-hak mereka yang telah dirampas sejak sekian lama.
"Hari ini, sekali lagi kita bersatu dalam menyuarakan hak-hak yang sepatutnya diperolehi oleh rakyat Palestin. Semangat seperti inilah yang rakyat mahukan dari Ahli-Ahli Dewan dalam memperjuangkan isu-isu kemanusiaan sejagat," katanya.
Terdahulu, 17 Ahli Parlimen terlibat dalam sesi perbahasan berkenaan yang menyaksikan pelbagai cadangan dan pandangan dikemukakan dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin bagi menuntut hak dan kedaulatan mereka yang ditindas oleh rejim zionis Israel.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#isu kemanusiaan sejagat
#rakyat Palestin
#sokongan padu
#sumbangan kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan