KUALA LUMPUR: Kerajaan secara keseluruhannya telah menyalurkan sebanyak RM20.147 bilion kepada 357,429 majikan melalui Program Subsidi Upah (PSU) bagi mengekalkan penggajian 2,951,854 pekerja tempatan dalam usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata di bawah PSU 1.0, seramai 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja telah menerima manfaat di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) apabila permohonan subsidi upah yang diluluskan mencapai nilai RM12.956 bilion.
"Di bawah Pakej PRIHATIN, PSU adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.
"Subsidi sehingga RM1,200 sebulan tersebut akan diberikan untuk tempoh tiga bulan bagi membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19.
"Program tersebut dilanjutkan untuk tiga bulan tambahan di bawah Pakej PENJANA dan secara keseluruhannya, subsidi yang diberikan kepada majikan adalah untuk tempoh enam bulan," katanya dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) Ke-82 yang dikeluarkan hari ini.
Tengku Zafrul berkata di bawah PSU 2.0, bantuan subsidi upah tersebut dilanjutkan untuk tiga bulan tambahan bagi majikan sedia ada yang menerima PSU manakala bantuan PSU selama enam bulan diberikan kepada semua permohonan antara 1 Okt 2020 dan 31 Dis 2020.
"Setakat 7 Jan 2022, sejumlah RM1.405 bilion telah disalurkan kepada 81,080 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian 716,885 pekerja," katanya.
Katanya kerajaan telah melanjutkan pelaksanaan PSU 3.0 selama tiga bulan lagi dengan lebih bersasar, khususnya bagi sektor pelancongan termasuk sektor peruncitan dengan kadar RM600 sebulan bagi pekerja bergaji RM4,000 dan ke bawah.
"Setakat 7 Jan 2022, sebanyak RM3.612 bilion telah disalurkan untuk mengekalkan penggajian 1,521,767 pekerja.
"PSU 3.0 turut ditambah baik dengan Pakej Bantuan PERMAI, PEMERKASA dan PEMERKASA Tambahan," katanya.
Tengku Zafrul berkata kerajaan melalui PERKESO akan meneruskan pelaksanaan PSU bersasar kepada pengusaha pelancongan yang mengalami penurunan pendapatan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada jumlah jualan atau pendapatan pada Oktober 2021 hingga Disember 2021 berbanding mana-mana bulan pada tahun 2019 hingga 2021 sebelum penularan COVID-19.
Katanya langkah itu melibatkan peruntukan sebanyak RM600 juta di bawah Bajet 2022.
"Permohonan telah dibuka sejak 1 Jan 2022 hingga 31 Mac 2022 namun majikan dari sektor dan aktiviti industri yang tidak tersenarai tetapi masih terjejas akibat penularan COVID-19 masih boleh mengemukakan rayuan secara dalam talian kepada PERKESO," katanya.
Beliau berkata inisiatif ini bakal memberi manfaat kepada lebih 26,000 majikan dan 330,000 pekerja serta maklumat lanjut mengenainya, boleh layari https://www.perkeso.gov.my/bajet-2022/sip-bajet-2022.html
Sementara itu, katanya kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM600 juta bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan PKS mikro yang masih terkesan dengan penularan COVID-19.
"Setakat 14 Januari, terdapat 730 permohonan bagi pembiayaan ini, dan daripada jumlah ini sebanyak 376 permohonan telah diluluskan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM75.5 juta," katanya.
Di bawah PENJANA, katanya kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak RM700 juta untuk membantu dan menggalakkan PKS dan syarikat peringkat pertengahan (MTC) ke arah pendigitalan operasi dan saluran perdagangan.
"Setakat 31 Disember, sejumlah RM90.0 juta telah disalurkan kepada 13,889 perniagaan dalam bentuk geran dan pinjaman untuk langganan perkhidmatan digitalisasi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 21 2022
TENGKU ZAFRUL: Di bawah Pakej PRIHATIN, PSU adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah. - Gambar fail/BERNAMA
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Kerajaan salur RM20.936 bilion bagi program subsidi upah - Tengku Zafrul
Kerajaan telah menyalurkan sejumlah RM20.936 bilion kepada 357,929 majikan melalui Program Subsidi Upah (PSU) untuk mengekalkan penggajian seramai 2.96 juta pekerja tempatan setakat 29 Julai, 2022.
Kerajaan salur RM20.932 bilion bagi Program Subsidi Upah - Tengku Zafrul
Usaha itu bertujuan mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.
Kerajaan salur RM20.92 bilion bagi program subsidi upah - Tengku Zafrul
Program Subsidi Upah adalah untuk mengekalkan penggajian 2.96 juta pekerja tempatan dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran.
Kerajaan salur RM20.89 bilion bagi Program Subsidi Upah - Tengku Zafrul
Ia untuk mengekalkan penggajian 2.96 juta pekerja tempatan dan mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.
PSU bersasar sektor pelancongan wajar dilanjut tiga bulan lagi - DAP
Penggiat pelancongan masih kekurangan pekerja, kenaikan gaji minima dan kadar inflasi yang semakin meruncing.
Kerajaan salur RM20.339 bilion kepada 357,520 majikan melalui PSU - Tengku Zafrul
Setakat 4 Feb 2022, sebanyak RM14.643 juta telah disalurkan kepada 1,482 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian 24,405 pekerja.
Kerajaan salur RM20.147 bilion kepada 357,429 majikan melalui PSU - Tengku Zafrul
Ia bagi mengekalkan penggajian 2,951,854 pekerja tempatan dalam usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.
Permohonan Program Subsidi Upah diluluskan capai nilai RM12.95 bilion - Tengku Zafrul
Seramai 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja telah menerima manfaat daripada Program Subsidi Upah (PSU) di bawah PRIHATIN dan PENJANA.
Kerajaan luluskan RM1.19 bilion subsidi upah 2.0 setakat 21 Mei - Tengku Zafrul
Kerajaan meluluskan permohonan subsidi upah bernilai RM1.193 bilion di bawah Program Subsidi Upah 2.0 (PSU 2.0) setakat 21 Mei, 2021.
Pemerkasa PLUS: Program Subsidi Upah dilanjutkan sebulan lagi
Lanjutan inisiatif tersebut dijangkakan memanfaatkan seramai 2.5 juta pekerja dan lebih 200,000 majikan.