KOTA BHARU: Kerajaan Pusat sudah menyalurkan hasil petroleum sebanyak RM400 juta kepada negeri Kelantan bagi tempoh dua tahun membabitkan pembayaran hasil petroleum pada 2020 dan 2021.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bayaran tersebut adalah hasil lima peratus daripada pengeluaran medan-medan berhampiran Kelantan.
"Bagi tahun lalu kita salurkan RM200 juta dan tahun 2020 juga RM200 juta.
"Pembayaran ini dibuat secara langsung dan 100 peratus disalurkan kepada kerajaan negeri bergantung kepada harga semasa petroleum," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat Bajet 2022 bersama penjawat awam negeri Kelantan di Kota Darulnaim, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Tengku zafrul berkata, beliau tidak boleh mengulas mengenai istilah peruntukan berkenaan kerana perkara itu membabitkan perundangan.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Tengku Zafrul berkata, Kerajaan Persekutuan meluluskan 351 projek pembangunan di Kelantan membabitkan kos keseluruhan RM2.39 bilion tahun ini.
Ia meningkat berbanding tahun lalu sebanyak 340 projek dengan kos sebanyak RM1.8 bilion.
Antara projek berkenaan termasuk pembinaan Jambatan Palekbang membabitkan kos RM250 juta, Projek Rumah Mesra Rakyat bernilai RM102 juta dan pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) RM483 juta.
Muhafandi Muhamad
Sun Jan 16 2022

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ditemui pemberita selepas Majlis Taklimat Bajet 2022 Bersama Penjawat Awam Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim hari ini. - Foto BERNAMA

MyCare | Sasar kutipan RM4 juta bantu Syria, Yaman dan Afghanistan
Humanitarian Care Malaysia Bhd (MyCare) menyasarkan kutipan sebanyak 4 juta ringgit bagi kempen bantuan kemanusiaan Syria, Yaman dan Afghanistan, yang dijangka bermula bulan depan. Ahli Pemegang Amanah MyCare Johor, Dr Mohd Zin Kandar berkata, hasil kutipan itu akan disalurkan kepada usaha pembangunan pendidikan bagi anak-anak pelarian di tiga negara terbabit.

Feri Karam | 26 dilaporkan hilang di luar pantai Indonesia
Dua puluh enam orang dilaporkan hilang pada Sabtu selepas sebuah feri kehabisan minyak dan karam dalam cuaca buruk di luar pantai Indonesia. Agensi mencari dan menyelamat negara itu berkata, kapal itu membawa 43 orang ketika ia terbalik Khamis lalu di Selat Makassar, laut yang memisahkan Pulau Sulawesi dan Borneo.

Kanak-Kanak Hilang | Bapa percaya anaknya masih hidup
Bapa kepada kanak-kanak perempuan tiga tahun yang dipercayai hilang ketika jamuan rumah terbuka di rumah rakit di Bukit Rangin Kuantan, percaya anak tunggalnya itu masih hidup. Muhammad Sukri Ali berkata, nalurinya kuat mengatakan anaknya, Siti Nur Athhiyya Soffea atau dipanggil Tiya, masih berada di daratan dan bukan jatuh ke dalam sungai berhampiran rumah rakit miliknya.

HAWANA 2022 | Sambutan meraikan pengamal media buka tirai
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 bagi mengiktiraf sumbangan petugas media dalam membantu membangun dan mengukuhkan perpaduan negara, membuka tirai pada Sabtu. Bertemakan 'suara jelata, aspirasi negara' petugas media dirai pada majlis makan malam anjuran kerajaan negeri yang dihadiri Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa di Alor Gajah.

Persenda Agama | Trend ‘jemaah’ dengan kipas diselar
Umat Islam diingatkan tidak melakukan perkara yang dilihat mempersendakan agama termasuk seperti merakam video dengan menjadikan kipas sebagai makmum apabila menunaikan solat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, sekiranya perbuatan berkenaan dikesan berlaku, masyarakat diminta melaporkan kepada agensi penguatkuasa agama supaya tindakan susulan boleh diambil.

Keluar Bersatu | Ahmad Maslan jangan rasa besar sangat – Hamzah
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin meminta Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan untuk tidak bercakap besar atau membuat kenyataan yang bersifat 'mengadu domba'. Ia selepas Ahmad menyifatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia semakin lemah susulan tindakan Datuk Zuraida Kamaruddin meninggalkan parti itu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM). Hamzah berkata, Bersatu merupakan parti yang kuat dan mempunyai wakil dalam Kabinet.

Pemilihan PKR 2022 | Semua calon perlu terima keputusan dengan hati terbuka
Semua calon yang bertanding pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2022, diminta menerima keputusan pemilihan dengan hati terbuka. Presiden PKR yang juga ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bagi membina semula kekuatan parti berkenaan.

Duta Besar Malaysia | Kritikan berbentuk peribadi sikap tak profesional – Tajuddin
Pelantikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia baru-baru ini mendapat pelbagai maklum balas daripada beberapa pihak. Tidak terkecuali yang mempertikaikan kebolehan serta kelayakan Ahli Parlimen Pasir Salak itu, malah ada juga pihak yang mengeluarkan kenyataan berbaur serangan peribadi kepadanya.

Mati Lemas | Kakitangan MBSA lemas ketika selam skuba
Seorang kakitangan wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor ditemui lemas semasa melakukan aktiviti selam skuba di perairan Pulau Tenggol dekat Dungun, pagi Sabtu. Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah berkata mangsa, Puspasari Aminuddin, 37, bersama dua lagi rakannya serta beberapa penyelam lain dipercayai mula melakukan aktiviti tersebut pada 9.25 pagi.

Tenaga Kerja | Polisi tenaga kerja lebih segar diperlukan
Majikan-majikan di negara ini memerlukan tenaga kerja yang lebih berkemahiran tinggi dan berpengetahuan untuk meningkatkan produktiviti negara, kata Pengasas Gig X Global, Shareen Shariza Abdul Ghani.

Kerajaan salur RM400 juta hasil petroleum kepada Kelantan sejak dua tahun lalu - Zafrul
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bayaran tersebut adalah hasil lima peratus daripada pengeluaran di medan-medan berhampiran Kelantan.

Royalti minyak: Kelantan sedia terima cadangan penubuhan jawatankuasa bebas
Kelantan sedia terima cadangan penubuhan jawatankuasa bebas asalkan dapat menghasilkan keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak.

Pas syor tubuh jawatankuasa bebas kaji, teliti royalti minyak
Jawatankuasa bebas itu dicadangkan disertai oleh kerajaan Kelantan dengan kerajaan Persekutuan untuk teliti tuntutan royalti petroleum.

Isu royalti minyak dibincang dalam pertemuan PM, kerajaan Kelantan - Mustapa
Selain tuntutan royalti, isu air dan juga hal-hal berkaitan pembangunan juga turut diberikan tumpuan, kata Mustapa.

Petronas sumbang RM1.2 trilion sejak 1976 kepada pembangunan negara
Sumbangan itu termasuk kepada kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, kutipan cukai dan pembayaran royalti minyak.

Gesa kerajaan beri wang ihsan, royalti minyak kepada Pahang - Pemuda UMNO Bera
Isu sama pernah dibangkitkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada tahun lepas.

RM61.32 bilion bayaran hasil petroleum kepada empat negeri bagi 2008-2020
Mustapa berkata Petroliam Nasional Berhad (Petronas) membuat bayaran tunai hasil petroleum sebanyak lima peratus secara terus masing-masing kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.

Royalti minyak: Kerajaan jamin Terengganu akan terima bayaran ikut jadual
Pembayaran akan dibuat sebanyak dua kali setahun iaitu pada pada bulan Mac disusuli bulan September bagi pembayaran kedua.

Royalti 10 telaga minyak dibayar selepas persempadanan perairan negeri selesai - Azmin
Isu persempadanan perairan perlu diselesaikan segera sebelum Kerajaan menentukan jumlah bayaran royalti kepada mana-mana Kerajaan Negeri.

Kerajaan Pusat tidak diskriminasi royalti minyak Kelantan - Husam
Husam berkata sebaliknya kerajaan Kelantan perlu meneliti apakah sebab kerajaan (Persekutuan) belum membayar royalti petroleum.