awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Sarawak sedang urus penghantaran bekalan oksigen ke Kalimantan Barat

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
22/07/2021
06:15 MYT
Kerajaan Sarawak sedang urus penghantaran bekalan oksigen ke Kalimantan Barat
Salah seorang penduduk Kalimantan Barat yang menunggu giliran untuk mengisi semula silender oksigen yang kosong di Kota Pontianak. - Foto: Pontianak Post
KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang menguruskan proses penghantaran bekalan tabung oksigen ke Kalimantan Barat selepas wilayah Indonesia itu melaporkan kekurangan drastik bekalan gas tersebut
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menjelaskan Pejabat Ketua Menteri telah menerima surat permohonan bantuan logistik daripada Gabenor Kalimantan Barat, Sutarmidji pada Rabu berkenaan perkara itu.
BACA: Kalimantan Barat rayu bantuan bekalan oksigen dari Sarawak
“Saya baru menerima surat tersebut semalam (Rabu) dan melaluinya Kalimantan Barat meminta tolong daripada kerajaan negeri untuk membantu dari segi penghantaran bekalan oksigen ini ke wilayah itu.
“Seperti apa yang telah dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Sempadan Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing untuk mengawal sempadan negara, perkara ini juga melibatkan melibatkan kerjasama kerajaan dengan kerajaan.
“Apa yang kerajaan Sarawak akan lakukan adalah sama seperti kebiasaannya apabila kerajaan Kalimantan Barat memerlukan bekalan gas memasak, maka kita akan menghantarkan pasukan keselamatan sempadan kita untuk menguruskan penghantaran ini, dan proses ini sedang kita laksanakan,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas melancarkan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak di Hotel Pullman, Kuching pada Khamis.
Dalam sidang media yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberi jaminan bekalan oksigen di negeri itu mencukupi.
“Kita juga masih mempunyai bekalan oksigen yang mencukupi untuk kegunaan dalam negeri,” katanya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kalimantan
#Kuching
#Indonesia
#Sarawak
#Ketua Menteri
#Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
#oksigen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan