Kerajaan negeri Sarawak akan menanggung kos kuarantin sepenuhnya bagi rakyat negeri itu, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu.

Berikut adalah lima tumpuan utama kenyataan media beliau:

1) Seramai 39 individu ditahan, dengan 27 daripada mereka dikenakan kompaun, tujuh individu direman manakala lima dibebaskan dengan jaminan polis.

2) Sebanyak 63,206 pemeriksaan telah dilakukan pasukan petugas Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

3) Kerajaan negeri Sarawak akan menanggung kos kuarantin sepenuhnya bagi rakyat negeri itu.

4) Sebanyak 27,379 kenderaan diperiksa dalam 62 sekatan jalan raya Operasi Benteng.

5) Seramai 8,801 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib di 70 hotel dan empat Institut Latihan Awam (ILA).