Kerajaan Sarawak tawar penginapan buat anak Bumi Kenyalang terkandas di Semenanjung

Nickyson Nyambar
Oktober 2, 2020 11:49 MYT
Fadillah berkata, pihaknya akan terus mengambil berat mengenai kebajikan anak Sarawak termasuk penuntut IPT di luar negeri itu. -Gambar arkib
KUALA LUMPUR: Kerajaan Sarawak menawarkan bantuan penginapan sementara di Rumah Sarawak bagi anak negeri itu yang terkandas berikutan arahan penangguhan sesi pendaftaran institusi pengajian tinggi (IPT) di Semenanjung.
Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Kanan Kerja Raya, berkata kerajaan negeri bersedia membantu penuntut IPT dari negeri berkenaan yang menghadapi masalah luar jangka itu.
Menerusi ciapan di laman Twitternya, Fadillah meminta mereka berhubung terus dengan urusetia Rumah Sarawak dan Sarawak Volunteers.

PENGUMUMAN Para pelajar Sarawak yang sedang terkandas akibat penangguhan pendaftaran pelajar IPT di Semenanjung Malaysia dan berhadapan masalah penginapan sementara boleh berhubung dengan Urusetia Rumah Sarawak-Sarawak Volunteers di talian berikut: pic.twitter.com/JF4yGYfJpG

— Fadillah Yusof (@PetraJayaMP) October 2, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Utk WhatsApp: https://t.co/kelsGzgjsc

— Fadillah Yusof (@PetraJayaMP) October 2, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Para pelajar Sarawak yang sedang terkandas akibat penangguhan pendaftaran IPT di Semenanjung Malaysia dan berhadapan dengan masalah penginapan sementara boleh menghubungi urusetia di talian tertera,” ujarnya.
Jelas beliau, pihaknya akan sedaya upaya membantu anak Sarawak yang menghadapi masalah ketika ini.
Katanya, mereka boleh menghubungi Hidayat di talian +6014-8787950 dan Apisruddin +6011-31932341 untuk langkah susulan.
#AWANI Sarawak #Astro Awani #Sarawak Volunteers #Rumah Sarawak #anak negeri #terkandas #penangguhan pendaftaran #IPT