awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan sasar 40,000 haiwan peliharaan di Sarawak divaksin antirabies tahun ini

Bernama
Bernama
01/10/2023
22:40 MYT
Kerajaan sasar 40,000 haiwan peliharaan di Sarawak divaksin antirabies tahun ini
Chan berkata antara langkah pencegahan bagi membendung penularan panyakit itu termasuk menggalakkan pemilik haiwan peliharaan membuat pendaftaran vaksinasi antirabies secara sukarela. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasarkan sebanyak 40,000 haiwan peliharaan di Sarawak divaksinasi antirabies tahun ini bagi membendung penularan penyakit itu.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin berkata setakat 7 Sept lepas, sebanyak 27,668 haiwan peliharaan di negeri itu berjaya divaksin.
"Kes rabies di Sarawak sejak 2017 hingga kini melibatkan 949 ekor haiwan manakala kes yang menjangkiti manusia pula bagi tempoh sama sebanyak 72 kes dan menyebabkan 65 kematian," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Rabies Sedunia 2023 bertemakan 'Rabies: Semua untuk 1, Satu Kesihatan untuk Semua' di Hospital Veterinar Kuala Lumpur semalam.
Sementara itu, Chan berkata antara langkah pencegahan bagi membendung penularan panyakit itu termasuk menggalakkan pemilik haiwan peliharaan membuat pendaftaran vaksinasi antirabies secara sukarela serta memandulkan haiwan peliharaan mereka.
"KPKM (Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan) melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar dengan kerjasama pelbagai kementerian, jabatan dan agensi berusaha keras untuk mencegah, mengawal dan membasmi penyakit tersebut sejak 2015," katanya.
Beliau berkata semua pihak dan lapisan masyarakat bertanggungjawab bagi menjayakan hasrat kerajaan itu supaya penyakit rabies dapat dibanteras sepenuhnya menjelang 2030.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#antirabies
#haiwan peliharaan
#chan foong hin
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan