awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan sasar buka empat lagi Pusat Mediasi Komuniti tahun ini - Aaron

Bernama
Bernama
17/04/2024
09:00 MYT
Kerajaan sasar buka empat lagi Pusat Mediasi Komuniti tahun ini - Aaron
Aaron berkata tahun lepas sebanyak empat CMC berjaya ditubuhkan di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Perak dan Johor. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasarkan untuk membuka empat lagi Pusat Mediasi Komuniti (CMC) tahun ini bagi melengkapi jumlah sedia ada.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata pusat itu dicadang dibuka di Putrajaya, Melaka, Perlis dan Negeri Sembilan, melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).
Beliau berkata tahun lepas sebanyak empat CMC berjaya ditubuhkan di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Perak dan Johor.
"Terdapat empat objektif utama penubuhan CMC ini iaitu menawarkan perkhidmatan mediasi bagi membantu menyelesaikan pertikaian dan konflik di peringkat komuniti," katanya dalam hantaran menerusi akaun X milik beliau.
Kementerian melalui JPNIN telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Pusat Mediasi Komuniti atau Community Mediation Centre (CMC). Pada tahun 2023, sebanyak empat buah (4) pusat CMC telah berjaya ditubuhkan di Negeri Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak dan pic.twitter.com/BfYNx9MqIj
— Aaron Ago Dagang (@AaronAgoDagang) April 17, 2024
Objektif lain CMC adalah memberikan perkhidmatan mediasi secara probono (percuma), memberikan khidmat nasihat dan kaunseling serta menjalankan aktiviti dan program promosi berkaitan mediasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pusat Mediasi Komuniti
#Aaron Ago Dagang
#Menteri Perpaduan Negara
#CMC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan