awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan sasar defisit fiskal lebih rendah, 6 peratus KDNK

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
21/03/2022
03:10 MYT
Kerajaan sasar defisit fiskal lebih rendah, 6 peratus KDNK
MOHD SHAHAR: Pada masa ini, kerajaan mengguna pakai Rangka Kerja Fiskal Jangka Sederhana sebagai panduan dalam menggubal strategi ke arah konsolidasi fiskal jangka sederhana. - Foto JAPEN
KUALA LUMPUR: Kerajaan mensasarkan defisit fiskal lebih rendah pada paras enam peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun ini.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, kerajaan turut mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun 2022 di antara 5.5 dan 6.5 peratus.
Jelasnya, unjuran itu juga adalah selari dengan unjuran terkini oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia masing-masing pada 5.7 dan 5.8 peratus.
"Pada masa ini, kerajaan mengguna pakai Rangka Kerja Fiskal Jangka Sederhana (MTFF) sebagai panduan dalam menggubal strategi ke arah konsolidasi fiskal jangka sederhana (3 hingga 5 tahun) yang selari dengan pelan pembangunan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
"Di samping itu, penggubalan Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) dijangka dapat mengukuhkan tadbir urus, ketelusan, pengurusan kewangan awam dan disiplin fiskal.
"Kerajaan juga sedang membangunkan Strategi Hasil Jangka Sederhana (MTRS) dan melaksanakan Semakan Semula Perbelanjaan Awam (PER) bagi menambah baik asas hasil dan memastikan kecekapan perbelanjaan Kerajaan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pelaksanaan langkah-langkah tersebut dijangka mampu mengukuhkan kembali kedudukan kewangan demi memastikan kemampanan fiskal dan kemampuan keberhutangan kerajaan dalam jangka masa sederhana dan panjang.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang ingin tahu data-data terkini pertumbuhan ekonomi negara, keadaan fiskal, hutang kerajaan serta kaedah mengurangkan defisit dan hutang, serta menambah peluang pekerjaan dan pendapatan rakyat.
Mengulas lanjut, Mohd Shahar berkata, kerajaan terus melaksanakan pelbagai program penjanaan sumber pendapatan dan peluang pekerjaan termasuk melalui Inisiatif ‘Jamin Kerja Keluarga Malaysia’ atau JaminKerja yang dijangka menyediakan 600,000 peluang pekerjaan kepada rakyat.
Selain itu, ujar beliau, kerajaan sentiasa meneruskan pelbagai inisiatif meningkatkan lagi produktiviti melalui pendigitalan dan penggunaan meluas automasi oleh industri yang dapat menyumbang kepada penjanaan pendapatan yang lebih tinggi dalam ekonomi.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#KDNK
#Ahmad Maslan
#hutang kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan