MALAYSIA
Kerajaan sasar nilai eksport nanas RM2 bilion menjelang 2027
Foong Hin berkata sasaran itu dibuat susulan prestasi semasa industri yang menunjukkan pertumbuhan positif dengan nilai eksport sekitar RM1.4 bilion pada tahun lalu. - Gambar/ Astro AWANI
HULU LANGAT: Kerajaan menyasarkan nilai eksport nanas negara mencecah RM2 bilion menjelang tahun 2027, selari usaha memperkukuh pembangunan industri nanas yang kini dianggap sebagai komoditi strategik bernilai tinggi.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin, berkata sasaran itu dibuat susulan prestasi semasa industri berkenaan yang menunjukkan pertumbuhan positif dengan nilai eksport sekitar RM1.4 bilion pada tahun lalu.
“Daripada RM1.4 bilion tahun lepas, kita jangka boleh mencecah RM2 bilion dalam tempoh dua tahun. Nanas juga telah diletakkan sebagai salah satu fokus kementerian dengan peningkatan peruntukan melebihi 100 peratus kepada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).
“Ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperkukuh pembangunan industri nanas yang kini dilihat sebagai satu komoditi strategik bernilai tinggi. Melalui pengurusan ladang moden dan berdisiplin, industri nanas berpotensi menjana pendapatan pengusaha sekitar RM9,000 sebulan bagi setiap hektar,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Program Lawatan Kerja Rasmi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ke Pusat Pengumpulan Nanas Sungai Gumut di sini, pada Rabu.
Projek Pusat Pengumpulan, Pemprosesas dan Pembungkusan (CPPC) berkenaan dilaksanakan oleh Premium Pineapple Sdn Bhd, melibatkan keluasan keseluruhan 270 hektar dengan tanaman semasa seluas 16 hektar, merangkumi 740,132 pokok nanas MD2 serta kadar kelangsungan hidup tanaman melebihi 97 peratus.
Menurut Foong Hin, nanas Malaysia kini telah menembusi pasaran antarabangsa termasuk Asia Barat, China dan Eropah, dengan jumlah eksport mencecah 76,000 metrik tan, selain usaha berterusan untuk meluaskan pasaran ke New Zealand.
Beliau turut menegaskan Selangor berpotensi besar untuk dimajukan sebagai hab agromakanan moden berikutan kelebihan logistik termasuk lapangan terbang, pelabuhan dan rangkaian rel, selain sokongan berterusan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
Bagi menyokong pembangunan projek, LPNM telah menyalurkan bantuan merangkumi bekalan benih bernilai RM221,800, geran pembinaan sektor ladang berjumlah RM30,000, serta bimbingan teknikal, selain penglibatan komuniti dan belia melalui inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dan Agropreneur NextGen di bawah KPKM.
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor, jelas beliau, akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama LPNM dan sektor swasta bagi membangunkan industri nanas secara mampan, sekali gus menyokong agenda keterjaminan makanan negara.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Kerajaan sasar nilai eksport nanas Malaysia cecah RM2 bilion menjelang 2027, menunjukkan pertumbuhan positif industri nanas sebagai komoditi strategik bernilai tinggi.
- Industri nanas berpotensi jana pendapatan RM9,000 sebulan bagi setiap hektar dengan pengurusan ladang moden, meluas ke pasaran antarabangsa seperti Timur Tengah, China, Eropah, dan New Zealand.
- Selangor dipandang besar potensi sebagai hab agro-makanan moden, dengan sokongan kerajaan untuk membangunkan industri nanas mampan, termasuk bantuan benih, geran pembinaan, bimbingan teknikal, serta melibatkan komuniti dan belia dalam inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dan Agropreneur NextGen.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin, berkata sasaran itu dibuat susulan prestasi semasa industri berkenaan yang menunjukkan pertumbuhan positif dengan nilai eksport sekitar RM1.4 bilion pada tahun lalu.
“Daripada RM1.4 bilion tahun lepas, kita jangka boleh mencecah RM2 bilion dalam tempoh dua tahun. Nanas juga telah diletakkan sebagai salah satu fokus kementerian dengan peningkatan peruntukan melebihi 100 peratus kepada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).
“Ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperkukuh pembangunan industri nanas yang kini dilihat sebagai satu komoditi strategik bernilai tinggi. Melalui pengurusan ladang moden dan berdisiplin, industri nanas berpotensi menjana pendapatan pengusaha sekitar RM9,000 sebulan bagi setiap hektar,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Program Lawatan Kerja Rasmi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ke Pusat Pengumpulan Nanas Sungai Gumut di sini, pada Rabu.
Projek Pusat Pengumpulan, Pemprosesas dan Pembungkusan (CPPC) berkenaan dilaksanakan oleh Premium Pineapple Sdn Bhd, melibatkan keluasan keseluruhan 270 hektar dengan tanaman semasa seluas 16 hektar, merangkumi 740,132 pokok nanas MD2 serta kadar kelangsungan hidup tanaman melebihi 97 peratus.
Menurut Foong Hin, nanas Malaysia kini telah menembusi pasaran antarabangsa termasuk Asia Barat, China dan Eropah, dengan jumlah eksport mencecah 76,000 metrik tan, selain usaha berterusan untuk meluaskan pasaran ke New Zealand.
Beliau turut menegaskan Selangor berpotensi besar untuk dimajukan sebagai hab agromakanan moden berikutan kelebihan logistik termasuk lapangan terbang, pelabuhan dan rangkaian rel, selain sokongan berterusan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
Bagi menyokong pembangunan projek, LPNM telah menyalurkan bantuan merangkumi bekalan benih bernilai RM221,800, geran pembinaan sektor ladang berjumlah RM30,000, serta bimbingan teknikal, selain penglibatan komuniti dan belia melalui inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dan Agropreneur NextGen di bawah KPKM.
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor, jelas beliau, akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama LPNM dan sektor swasta bagi membangunkan industri nanas secara mampan, sekali gus menyokong agenda keterjaminan makanan negara.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah sasaran kerajaan berkaitan nilai eksport nanas negara menjelang tahun 2027?
A: Kerajaan menyasarkan nilai eksport nanas negara mencecah RM2 bilion menjelang tahun 2027. - Q: Mengapakah nanas kini dilihat sebagai komoditi strategik bernilai tinggi?
A: Nanas kini dilihat sebagai komoditi strategik bernilai tinggi kerana industri nanas menunjukkan pertumbuhan positif dengan nilai eksport sekitar RM1.4 bilion pada tahun lalu. - Q: Bagaimanakah kerajaan memperkukuh pembangunan industri nanas?
A: Kerajaan telah meningkatkan peruntukan melebihi 100 peratus kepada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dan melalui usaha pengurusan ladang moden dan berdisiplin yang berpotensi menjana pendapatan pengusaha sekitar RM9,000 sebulan bagi setiap hektar. - Q: Apakah pasaran antarabangsa yang telah dimasuki oleh nanas Malaysia?
A: Nanas Malaysia telah menembusi pasaran antarabangsa termasuk Timur Tengah, China, Eropah, dan terdapat usaha berterusan untuk meluaskan pasaran ke New Zealand. - Q: Siapakah syarikat yang melaksanakan Projek Pusat Pengumpulan, Pemprosesas dan Pembungkusan (CPPC) nanas?
A: Projek Pusat Pengumpulan, Pemprosesas dan Pembungkusan (CPPC) nanas dilaksanakan oleh Premium Pineapple Sdn Bhd dengan keluasan keseluruhan 270 hektar dan tanaman semasa seluas 16 hektar.
#nanas Malaysia
#Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
#Datuk Chan Foong Hin
#Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan