KOTA KINABALU: Kerajaan bersama pihak berkepentingan sedang berusaha mengatasi isu kekurangan bahan mentah yang dihadapi industri koko negara, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin.
Beliau berkata penghasilan bahan mentah dalam negara terutama biji koko pada masa ini tidak dapat menampung permintaan yang diperlukan bagi pasaran produk koko dalam negara, apatah lagi untuk memenuhi permintaan pasaran luar negara.
Katanya salah satu langkah penting sedang diusahakan kerajaan untuk mengatasi isu itu adalah meningkatkan aktiviti huluan industri koko, terutamanya meningkatkan penanaman dan perladangan koko di negara ini.
"Pada masa ini hub pemprosesan (biji koko) kita di Johor terpaksa import biji koko dari luar negara untuk eksport produk koko ke luar negara, kita jadi pusat pengisaran pula sekarang, jika boleh kita mahu kisar (grind) biji koko kita sendiri untuk kita eksport produk koko.
"Permintaan ada untuk produk koko itu, tetapi pada masa ini kita tidak cukup bahan mentah, kita pada masa ini juga masih tidak cukup keluasan tanaman (koko), itu kita cuba tingkatkan," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Industri Koko Malaysia 2022 di sini malam tadi.
Turut hadir Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Willie Anak Mongin, Pengerusi Lembaga Koko Malaysia (LKM) Rahimah Majid, dan Ketua Pengarah LKM Dr Ramle Kasin.
Zuraida berkata pada masa ini juga kementeriannya sedang melakukan libat urus dengan kerajaan negeri, antaranya Sabah dan Sarawak, bagi meluaskan tanaman koko dalam negara.
"Kita juga cuba dapatkan tanah untuk tanaman ini dan membentuk koperasi untuk industri ini bagi menjadikan pengurusannya lebih effektif dan produktiviti menjadi lebih tinggi serta berkualiti," katanya.
Sementara itu Zuraida yang baru-baru ini diumum akan menjadi Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) berkata, parti itu sentiasa mengalu-alukan penyertaan Ahli Parlimen yang berminat.
"Lebih ramai lebih meriah, saya menghargai Ahli Parlimen yang menyertai kami untuk mengukuhkan blok kami ini, pada masa ini juga kita sudah ada struktur akar umbi PBM di Sabah, sudah ada 26 bahagian di sini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 22 2022
Penghasilan bahan mentah dalam negara terutama biji koko pada masa ini tidak dapat menampung permintaan yang diperlukan. - Gambar hiasan
Alif Teega mengaku tidak bersalah seleweng dana infaq lebih RM63,000
Pempengaruh Alif Teega mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Azura Alwi.
Pemotongan Kadar Faedah US Fed: Impak Terhadap Ekonomi Dunia dan Malaysia
US Fed memotong kadar faedah sebanyak 50 mata asas dan merancang tiga lagi pemotongan sehingga 2026. Apakah impak keputusan ini terhadap ekonomi global dan pasaran Malaysia?
[TERKINI] Perkembangan banjir di Kedah setakat 9 pagi 20 September 2024
Bandar bahagia, Kluang tawar kehidupan tenang, penuh harmoni
Kluang diiktiraf sebagai antara 10 Bandar Bahagia pada 2022 hasil kajian Indeks Kebahagiaan yang dijalankan bersempena dengan sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia 2022.
The Selangor Smart City & Digital Economy Convention 2024: Membentuk Masa Depan Digital Malaysia
Konvensyen Bandar Pintar & Ekonomi Digital Selangor (SDEC) 2024 akan berlangsung dari 16 hingga 19 Oktober, menghimpunkan pemimpin industri, startup, dan PKS untuk membincangkan rangka kerja bandar pintar dan ekonomi digital masa depan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat pada sesi awal urus niaga Jumaat apabila penyusutan harga minyak menjejaskan sentimen.
[TERKINI] Datuk Eddin Syazlee Shith meninggal dunia
Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Eddin Syazlee Shith meninggal dunia pada 7.10 pagi tadi di rumahnya di Bukit Chedang.
Mitsubishi XPANDER 2024 ‘facelift’ dilancar di Malaysia - dua varian, 1.5L 4AT, bermula RM99,980
XPANDER terbaharu ini direka dengan teliti untuk menepati keperluan pelbagai keluarga moden juga individu berjiwa kembara.
SamurAI: Perkasa perniagaan dengan Vision AI
Tapway memperkenalkan SamurAI, sebuah platform yang membolehkan syarikat membina, melatih, dan menggunakan penyelesaian Vision AI dengan cepat tanpa perlu kepakaran teknikal dalaman atau kos tinggi. SamurAI dijangka akan mengubah landskap industri seperti pengangkutan, pembuatan, logistik, pertanian, dan bandar pintar di Malaysia.
AWANI Pagi: Inovasi robotik tarik minat anak muda
Ikuti perbincangan AWANI Pagi dalam memahami bidang teknologi robotik yang mengangkat bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bersama Persatuan Robotik UniKL.
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Malaysia berupaya sertai pasaran koko global - Johari
Johari berkata Malaysia adalah di antara pemain koko utama dunia terutamanya di peringkat pertengahan dan hiliran.
LKM rancang buka 200 hektar kawasan baharu tanaman koko tahun ini
Kawasan tanaman baharu itu meliputi 110 hektar di Sabah, 80 hektar di Semenanjung dan 10 hektar di Sarawak.
LKM, kerajaan negeri Sabah kerjasama perluas penanaman koko
Ketika ini pengeluaran koko negara hanya 1,000 tan metrik dan negara terpaksa mengimport biji koko dalam jumlah yang banyak.
Pekebun kecil sawit digalak ceburi sektor koko, lada
Projek integrasi itu dapat membantu merancakkan lagi pembangunan hiliran sektor lada dan koko tempatan yang semakin mendapat tempat.
Kerajaan sedang atasi kekurangan bahan mentah industri koko - Zuraida
Kerajaan bersama pihak berkepentingan sedang berusaha mengatasi isu kekurangan bahan mentah yang dihadapi industri koko negara.
Kucing jadi wira selamatkan warga emas tersekat dalam terusan
Ketika kejadian kira-kira jam 7.30 malam, kucing itu berkelakuan aneh dan asyik merenung ke arah terusan tersebut.
'Malaysia jadi model kepada negara Afrika'
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan, pemimpin-pemimpin Afrika turut menzahirkan hasrat untuk mengembangkan ekonomi menerusi perdagangan serta pemasaran produk-produk mereka.
Coklat mungkin 'pupus' pada 2050 nanti
Penggemar coklat mungkin suatu hari nanti tidak dapat menikmati manisan itu lagi kerana ia mungkin akan pupus akibat kesan pemanasan global.
Malaysia mahu jadi 'raja coklat' Asia
Sehingga 2013, Malaysia adalah pemimpin di rantau Asia dan Oceania dalam pengeluaran produk koko.