awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Kelantan rampas rokok seludup bernilai hampir RM1 juta
Kapal persiaran bawa lebih 120 penumpang terdampar di terumbu karang Papua New Guinea
Warga emas maut dalam nahas babitkan tiga kenderaan di Rompin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan sedia beri latihan atasi masalah miskin bandar - Dr Mahathir

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
16/10/2019
06:15 MYT
Kerajaan sedia beri latihan atasi masalah miskin bandar - Dr Mahathir
Tambah Dr Mahathir, kumpulan terbabit perlu didedahkan dengan cara bagaimana untuk mengembangkan peniagaan mereka. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan kumpulan yang tergolong dalam kalangan miskin bandar kebanyakannya tidak mempunyai kemahiran dan kelayakan yang bersesuaian dengan pekerjaan sedia ada.
Ekoran itu, kata Dr Mahathir, kumpulan tersebut terus berada dalam kelompok miskin, dan sekaligus menyumbang kepada peningkatan jumlah kemiskinan di bandar.
“Kita (kerajaan) boleh membantu mereka dengan memberikan latihan, lebih peluang pekerjaan.
“Jadi, dengan langkah itu mereka tidak akan tergolong dalam kalangan miskin bandar. Mereka perlu belajar bagaimana melakukan perniagaan walaupun ia sekadar kecil-kecilan,” demikian katanya kepada pemberita, hari ini.
Dr Mahathir berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Hari Antarabangsa bagi Pembasmian Kemiskinan 2019 (IDEP 2019) Yayasan Sejahtera di Mercu UEM, di sini.
Tambah beliau, kumpulan terbabit perlu didedahkan dengan cara bagaimana untuk mengembangkan peniagaan mereka.
“Kita perhatikan bahawa sesetengah komuniti peniaga kecil di Malaysia ini tidak tahu bagaimana mengembangkan perniagaan mereka.
“Mereka sangat statik, dan hanya berniaga sekadar mendapat wang untuk menyokong keperluan harian saja, mereka tidak berusaha untuk mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi.
“Kita perlu mendidik mereka, bagaimana untuk mengembangkan perniagaan supaya mereka dapat keluar dari kelompok miskin bandar,” kata Dr Mahathir lagi.
Topic Berkaitan
#Golongan miskin bandar
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#menteri
#peniaga
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan