MALAYSIA
Kerajaan sedia beri ruang kebebasan media lebih terbuka - PM
Anwar menegaskan bahawa kebebasan media tidak harus bersifat mutlak kerana boleh mencetuskan masalah besar jika tidak ditangani dengan baik. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia memberikan ruang kebebasan media yang lebih terbuka, termasuk mempertimbangkan kajian semula undang-undang berkaitan, selaras dengan tahap kematangan negara.
Ringkasan AI
Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kebebasan media tidak bersifat mutlak dan perlu disertai rasa tanggungjawab bagi mengelakkan penyebaran kandungan melampau yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.
Menurut Anwar, kebebasan tanpa kawalan berpotensi membuka ruang kepada bahan bersifat lucah, isu seksual melibatkan golongan muda serta sentimen perkauman yang sering dipandang remeh, namun boleh mencetuskan masalah besar sekiranya tidak ditangani.
"Saya setuju kita beri kebebasan kerana negara semakin matang. Sekarang negara sudah merdeka dan bebas, jadi kita perlu beri ruang.
"Negara mesti maju mengikut peredaran masa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ketika sesi dialog ‘Temu Anwar’ bersama para pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT), di sini, pada Rabu.
Namun Perdana Menteri menegaskan, kebebasan itu tidak boleh disalahgunakan sehingga mencetuskan fitnah, provokasi melampau atau penghinaan terhadap kepercayaan agama dan sensitiviti kaum.
"Bolehkah kita benarkan penghinaan terhadap kepercayaan agama? Ini bukan cara mendidik atau menyelamatkan negara," katanya.
Anwar berkata, negara perlu bergerak ke hadapan dengan pendekatan terbuka yang membenarkan rakyat menegur dan menyuarakan pandangan, namun sebarang kecelaruan atau keterlanjuran perlu diperbetulkan agar tidak berlarutan.
"Harus beri ruang lebih terbuka, orang boleh tegur dan beri pandangan.
"Tetapi mesti ada juga ruang untuk membetulkan kecelaruan dan keterlanjuran, jika tidak, ia tidak akan dibetulkan,” katanya.
Beliau turut memaklumkan perbincangan lanjut akan diadakan bersama Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, bagi memperincikan cadangan kajian semula undang-undang berkaitan kebebasan media.
"Esok saya akan bertanya kepada Menteri Komunikasi mengenai perkara ini, tetapi prinsipnya kita mesti terus maju walaupun sukar,” katanya.
Pada program itu, Perdana Menteri turut menyampaikan cek geran kerajaan berjumlah RM40 juta kepada institusi pengajian tinggi berkenaan.
Ringkasan AI
- Kerajaan bersedia memberikan ruang kebebasan media yang lebih terbuka, termasuk mempertimbangkan kajian semula undang-undang berkaitan, tetapi kebebasan media perlu disertai tanggungjawab bagi mengelakkan penyebaran kandungan melampau.
- Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kebebasan media tidak harus bersifat mutlak kerana boleh membuka ruang kepada bahan lucah, isu seksual golongan muda, dan sentimen perkauman yang boleh mencetuskan masalah besar jika tidak ditangani.
- Perdana Menteri menegaskan kebebasan media tidak boleh disalahgunakan sehingga mencetuskan fitnah, provokasi, atau penghinaan terhadap kepercayaan agama dan sensitiviti kaum, sambil menekankan perlunya ruang untuk teguran dan pembetulan.