NATIONAL
Kerajaan sedia kaji semula jumlah pinjaman PTPTN - PM Anwar
Anwar menyampaikan ucapan pada Majlis Dialog Meet Anwar @IIUM di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. -Astro AWANI/Shahir Omar
GOMBAK: Kerajaan terbuka untuk mengkaji semula jumlah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar.
Ringkasan AI
Menjawab cadangan yang dikemukakan oleh seorang mahasiswa, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, perkara itu sedang diteliti Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
“Insya-Allah, kita cuba menilai semula. Hutang terkumpul semasa PTPTN ketika ini berjumlah hampir RM40 bilion dan penilaian semula pembayaran boleh mendorong (jumlahnya naik) kepada RM50 bilion.
“Namun begitu, kita tetap masih terus membantu pelajar berdasarkan keperluan mereka,” katanya dalam Program Temu Anwar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, pada Jumaat.
Anwar berkata, isu ini boleh ditangani jika golongan kaya dalam masyarakat bersedia menyumbang lebih bagi menampung komuniti yang kurang berkemampuan.
“Jika golongan yang sangat kaya, contohnya ibu bapa yang berkemampuan, menyumbang lebih, kita boleh agihkan semula sumber itu untuk menampung beban pelajar,” katanya.
Bagaimanapun, Anwar berkata, kerajaan menyedari langkah sedemikian akan mencetuskan perbalahan politik dan menjadi modal pihak pembangkang untuk menyerang beliau.
“Ini negara demokrasi, kalau kita naikkan cukai, pembangkang akan serang saya habis-habisan,” tambahnya.
Beliau menegaskan, hanya 15 peratus golongan teratas sahaja yang akan terkesan jika langkah itu diambil.
“Kalau tinggal di rumah banglo ada 10 bilik, enam pendingin hawa dan lima kipas, tidak sepatutnya bayar kadar elektrik yang sama dengan rakyat biasa. Jadi, 85 peratus daripada populasi tidak akan terkesan.
“Tapi begitulah, sudah ada tuduhan bahawa perdana menteri kenakan cukai kepada rakyat setiap hari,” katanya.
Anwar turut membuat perbandingan bahawa Malaysia menyediakan paling banyak subsidi sekiranya mahu diukur dengan negara ASEAN lain.
Ringkasan AI
- Kerajaan terbuka untuk mengkaji semula jumlah pinjaman PTPTN kepada pelajar.
- Anwar mencadangkan golongan kaya menyumbang lebih untuk menampung komuniti kurang berkemampuan.
- Hanya 15 peratus golongan teratas akan terkesan jika langkah menaikkan cukai diambil.