Kerajaan sedia pertimbang cadangan menaikkan had laju di lebuh raya - Fadillah

Bernama
Mac 22, 2017 14:11 MYT
Menurut Fadillah, perkara itu memerlukan kajian terperinci serta melibatkan rundingan dengan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros). - Gambar fail
Kerajaan bersedia mempertimbang cadangan untuk menaikkan had laju memandu di lebuh raya lebih daripada 110 kilometer sejam (km/j), kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.
Bagaimanapun, katanya, perkara itu memerlukan kajian terperinci serta melibatkan rundingan dengan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).
"Dalam konteks had laju, bukan sahaja Jabatan Kerja Raya sahaja yang menetapkannya tetapi kita bekerjasama dengan JKJR dan Miros yang memberikan pandangan dari sudut keselamatan.
"Kita melihat ia lebih dari sudut keselamatan, kerana reka bentuk lebuh raya di negara kita had maksimumnya adalah 120 km/j sahaja, tetapi ada orang memandu sehingga 200 km/j dan di Malaysia kadar kemalangan jalan raya agak tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. - BERNAMA
#had laju #lebuh raya #Menteri Kerja #Raya Datuk Seri Fadillah Yusof