awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan sedia pertimbang cadangan wajibkan latihan kebakaran di sekolah tahfiz

Bernama
Bernama
06/08/2020
16:29 MYT
Kerajaan sedia pertimbang cadangan wajibkan latihan kebakaran di sekolah tahfiz
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, sesi latihan kebakaran itu dilihat penting dan sesuai dimulakan pada masa kini, sebagai persediaan untuk mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku kepada pelajar tahfiz. - Gambar fail/Astro AWANI
Kerajaan mungkin mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan pelaksanaan sesi latihan kebakaran di sekolah tahfiz berdaftar di negara ini, pada masa depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, sesi latihan kebakaran itu dilihat penting dan sesuai dimulakan pada masa kini, sebagai persediaan untuk mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku kepada pelajar tahfiz.
Beliau berkata, pentadbir sekolah tahfiz juga disarankan supaya bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, untuk mewujudkan inisiatif 'sekolah angkat' bagi mempertingkatkan ilmu kebombaan dan berkaitan pencegahan kebakaran.
"Sekurang-kurangnya, pelajar akan mendapat latihan asas, sekiranya berlaku kebakaran dan menggelakkan mereka daripada menjadi panik," katanya kepada pemberita selepas sesi lawatan ke Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Kuala Langat di sini, hari ini.
Zulkifli turut menzahirkan rasa sedih dengan kejadian kebakaran di tingkat tiga asrama perempuan MITS Kuala Langat pada awal pagi Selasa, dan menyatakan Kerajaan Persekutuan akan membantu sedaya upaya bagi meringankan bebanan pentadbir sekolah berkenaan.
Terdahulu pada sesi lawatan berkenaan, Zulkifli menyerahkan sumbangan peribadi berjumlah RM20,000 kepada MITS Kuala Langat.
Beliau turut menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM3,000 daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan barangan makanan bernilai RM2,000 daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia.
Dalam kejadian pada Selasa lepas, seramai 131 pelajar perempuan MITS Kuala Langat terselamat selepas asrama mereka di tingkat tiga musnah dijilat api.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#latihan kebakaran
#sekolah angkat
#sekolah tahfiz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan