MALAYSIA
Kerajaan sedia RM926 juta urus Kepengerusian ASEAN 2025 - Mohamad Hasan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menjawab soalan pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Parlimen ke-15 Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak RM926,187 juta peruntukan diluluskan oleh kerajaan bagi mengurus penganjuran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, melibatkan 326 mesyuarat merentasi tiga tonggak utama kerjasama serantau sepanjang tahun ini, sidang Dewan Negara diberitahu.
Ringkasan AI
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan bagaimanapun berkata akaun perbelanjaan belum ditutup kerana masih terdapat mesyuarat ASEAN yang berlangsung sehingga penghujung tahun ini.
"Bagi Kementerian Luar Negeri (KLN) sahaja, peruntukan adalah RM560 juta. KLN mempengerusikan tonggak politik dan keselamatan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri mengetuai tonggak ekonomi manakala tonggak sosial budaya dipengerusikan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengenai jumlah kos penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan langkah memastikan perbelanjaan kekal berhemah serta memberi pulangan ekonomi.
Mohamad berkata kepengerusian Malaysia mencipta sejarah dengan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan ASEAN-GCC-China, satu pencapaian yang belum pernah dilakukan negara pengerusi sebelum ini memandangkan ketiga-tiga blok itu memiliki kekuatan strategik daripada aspek sumber asli, modal dan pasaran besar.
Mohamad menegaskan keutamaan Malaysia ialah meningkatkan perdagangan intra-ASEAN yang ketika ini masih di bawah 25 peratus, bagi mengurangkan kebergantungan kepada pasaran tradisi.
Di bawah kepengerusian Malaysia, rundingan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang terhenti sejak 2020 berjaya dihidupkan semula, selain rundingan semula Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) turut digerakkan.
Menjawab persoalan mengenai pulangan ekonomi daripada perbelanjaan penganjuran, Mohamad menjelaskan bahawa sidang ASEAN bukan acara bidaan seperti temasya sukan, sebaliknya mandat berkala setiap 10 tahun yang memberi manfaat jangka panjang melalui keputusan dasar, dokumen hasil dan pengukuhan blok ASEAN berpenduduk lebih 700 juta.
Manfaat juga dijangka diperoleh melalui platform seperti ATIGA, Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) dan RCEP yang dirangka untuk merancakkan pertumbuhan serantau, selain kedudukan strategik Malaysia yang terus menarik pelaburan teknologi tinggi dan pusat data.
"Tengok sahaja pelaburan yang mencurah... Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sahaja telah menerima RM17 bilion pelaburan sejak ditubuhkan pertengahan tahun ini apabila syarikat multinasional memilih Johor kerana kos operasi di Singapura terlalu tinggi," katanya.
Dalam aspek geopolitik, Mohamad berkata kejayaan terbesar Malaysia ialah melaksanakan agenda keterangkuman dengan menerima Timor-Leste sebagai anggota ASEAN ke-11 selepas penantian berbelas tahun, hasil diplomasi konsisten yang konsisten.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- RM926,187 juta peruntukan diluluskan untuk Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, melibatkan 326 mesyuarat merentasi tiga tonggak utama kerjasama serantau pada tahun ini.
- Malaysia mencapai sejarah dengan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan ASEAN-GCC-China, memfokuskan pada meningkatkan perdagangan intra-ASEAN dan merancakkan pertumbuhan serantau.
- Kepengerusian Malaysia berjaya menghidupkan semula rundingan RCEP dan ATIGA, serta menerima Timor-Leste sebagai anggota ASEAN ke-11, menunjukkan kejayaan diplomasi konsisten negara.