MALAYSIA
Kerajaan sedia teliti undang-undang tangani isu buli - Nancy
Nancy berkata meskipun perkara itu di luar bidang kuasa kementeriannya, pihaknya bersedia berbincang dengan kementerian berkaitan. - Gambar fail
KUCHING: Kerajaan wajar meneliti keperluan menambah baik undang-undang sedia ada bagi menangani isu buli, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Ringkasan AI
Beliau berkata meskipun perkara itu di luar bidang kuasa kementeriannya, pihaknya bersedia berbincang dengan kementerian berkaitan.
"Setakat ini mungkin belum ada keperluan menggubal, cuma kes buli mutakhir ini boleh memberi idea baharu untuk kita melihat penambahbaikan undang-undang, sekiranya perlu.
"Ia bukan di bawah kementerian, sebaliknya terletak di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Gempak Inspirasi @ Sepagi Bersama PPWS 2025 di sini, hari ini.
Nancy berkata perkara berkenaan juga akan dibincangkan bersama menteri lain dalam mesyuarat Kabinet.
Beliau mengulas desakan Gerakan Gubal Akta Anti-Buli (GAB) yang mahu kerajaan memperkenalkan undang-undang khusus bagi menangani gejala buli di semua peringkat.
Sebelum ini, Pengerusi Sekretariat GAB, Wan Azliana Wan Adnan dilapor berkata usaha menggubal akta itu sudah dimulakan sejak 2022, namun tiada perkembangan konkrit sehingga kini.
Bagaimanapun, Nancy menjelaskan buat masa ini tiada keperluan mewujudkan undang-undang baharu kerana kesalahan berkaitan buli sudah termaktub dalam Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2025 yang turut meliputi kes buli siber.
Kedua-dua akta berkenaan diluluskan di Dewan Rakyat pada 10 Dis 2024 dan Dewan Negara pada 16 Dis 2024.
Terdahulu, program anjuran Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) itu menghimpunkan 550 peserta dengan objektif memberi pendedahan mengenai fungsi agensi di bawah KPWKM untuk dimanfaatkan masyarakat negeri ini.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Nancy Shukri menyatakan kerajaan wajar meneliti penambahbaikan undang-undang sedia ada bagi menangani isu buli, meskipun ia di luar bidang kuasa kementeriannya.
- Beliau menjelaskan kesalahan buli telah termaktub dalam Akta Kanun Keseksaan dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2025, termasuk buli siber, yang diluluskan pada Disember 2024.
- Desakan Gerakan Gubal Akta Anti-Buli (GAB) untuk undang-undang khusus akan dibincangkan bersama menteri lain dalam mesyuarat Kabinet bagi menilai keperluan lanjut.