SHAH ALAM:Kerajaan Negeri Selangor berhasrat membeli kira-kira lima juta dos vaksin COVID-19 bagi rakyat negeri itu dan usaha itu disambut baik oleh kerajaan Persekutuan serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, hasrat kerajaan negeri itu dilihat sedikit sebanyak dapat meringankan beban kerajaan Persekutuan dalam urusan pembelian vaksin.
"Semasa mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (Darurat), Perdana Menteri ,Tan Sri Muhyiddin Yassin turut sedar dengan hasrat Selangor ini dan ia disambut baik kerajaan Persekutuan kerana beban mereka (membeli vaksin) akan berkurangan.
"Setakat ini, hanya Selangor dan Sarawak berhasrat membeli vaksin untuk rakyat negeri masing-masing," katanya dalam sidang media secara maya hari ini.
Beliau akan mengumumkan perkembangan terbaharu berhubung pembelian vaksin itu dalam masa terdekat kerana perkara itu memerlukan pengesahan KKM.
Katanya, kerajaan negeri Selangor akan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan menerusi Pelan Imunisasi Negara bagi mengelak berlaku pertindihan dalam usaha menangani virus itu selain memastikan semua golongan sasar terutama pekerja mendapat vaksin kerana mereka memainkan peranan penting dalam memacu kembali ekonomi pasca COVID-19. - BERNAMA
Bernama
Mon Jan 18 2021

Kata Amirudin, hasrat kerajaan negeri Selangor dilihat sedikit sebanyak dapat meringankan beban kerajaan Persekutuan dalam urusan pembelian vaksin. - Gambar fail BERNAMA

Perintah berkurung di Belanda sehingga 29 April
Belanda akan terus melaksanakan perintah berkurung dan kawalan pergerakan sekurang-kurangnya sehingga 29 April ini.

Kemaluan tersekat dalam botol plastik
Seorang lelaki berusia 47 tahun berdepan detik cemas apabila kemaluannya tersekat dalam botol plastik pada Ahad.

COVID-19 | Angka korban global kini lebih 2.93 juta
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia turut mencatatkan peningkatan drastik selepas merekodkan lebih 20 ribu kematian. Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian kini melebihi 2.93 juta kes.

Unjuran Pasaran | Bursa tempatan dijangka tinggi minggu ini
Indeks FBM KLCI dijangka diniaga tinggi minggu ini, membina prestasi lebih kukuh dalam pasaran ekuiti, selepas melepasi paras kritikal minggu lalu. Menurut Pencarta Kanan Maybank Investment Bank Bhd Nik Ihsan Raja Abdullah yang dipetik Bernama Bursa tempatan dijangka tidak banyak berubah berikutan aktiviti pengambilan untung dalam hartanah yang meningkat baru-baru ini.

COVID-19 | Perintah berkurung di Belanda sehingga 29 April
Belanda akan terus melaksanakan perintah berkurung dan kawalan pergerakan sekurang-kurangnya sehingga 29 April ini. Ia meliputi perintah berkurung pada waktu malam serta kawalan pergerakan ketat yang lain.

Vaksin COVID-19 | Hampir 40 juta dos sudah disuntik di UK
Dalam pada itu, United Kingdom sudah mengedarkan hampir 40 juta dos vaksin COVID-19 kepada penduduk di negara itu. Ia selepas pertambahan lebih 586 ribu dos baharu disuntik pada Ahad.

Saham | Tidak wujud perjanjian penjualan saham
MKD Signature Sdn Bhd (MSSB) masih merupakan pemegang saham utama Mulia Property Development Sdn Bhd (MPDSB) yang memiliki bangunan Exchange 106 di dalam Projek Tun Razak Exchange (TRX). Perkara itu dimaklumkan Kementerian Kewangan ekoran satu laporan media mengenai penjualan saham milik MSSB iaitu syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dalam MPDSB.

Unjuran Pasaran | Ringgit dijangka dalam jajaran kecil
Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil berbanding dolar Amerika dalam lingkungan 4.1275 hingga 4.1475 minggu ini. Ini ketika pasaran terus memantau perkembangan hasil Bon Perbendaharaan Amerika dan pergerakan harga minyak.

Ramadan | 65 bazar Ramadan beroperasi di Kuala Lumpur
Bazar Ramadan di 65 lokasi di ibu negara dijangka beroperasi dari pukul 3 petang hingga 8 malam. DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, daripada jumlah lokasi itu 63 diselia penganjur bazar Ramadan, manakala dua lagi iaitu di tempat letak kereta Taman Tasik Permaisuri dan di jalan 4/38a Taman Sri Sinar, Segambut (Wisma Suhati), akan diselia oleh DBKL sendiri.

Sekatan SOP | Polis Brazil serbu kelab malam tak patuh larangan
Pasukan petugas khas polis di Brazil menyerbu sebuah kelab malam di Sao Paulo dan mengusir hampir 100 orang susulan arahan larangan pesta diadakan semasa pandemik COVID-19 dikeluarkan. Serbuan itu membawa kepada beberapa penangkapan yang membolehkan pemilik kelab malam didenda lebih 27 ribu dolar Amerika.

Peranan JKM terus diperkasa
Antara inisiatif itu termasuk penstrukturan semula JKM dan pemberian elaun khas kepada warga kerja yang berkhidmat di kawasan berisiko seperti institusi warga emas dan OKU.

RUU Profesion Kerja Sosial pastikan kebajikan pekerja sosial terbela - Muhyiddin
RUU tersebut dapat memastikan kebajikan pekerja sosial termasuk pegawai kebajikan masyarakat lebih terbela dan diiktiraf mengikut kepakaran masing-masing.

Biar pakar tentukan takrifan wilayah - Abang Jo
Jelas Abang Johari status berkenaan belum muktamad dan bergantung hasil perbincangan di bawah MA63 antara Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak.

PRN-12: Sarawak akan diberi keutamaan vaksin COVID-19 - Fadillah
Sarawak perlu diberi keutamaan dalam bekalan vaksin bagi elak peningkatan kes pasca PRN Sabah tahun lepas berulang.

Benar atau tidak rentas negeri sempena Hari Raya diumum lebih awal- Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan kebenaran rentas negeri akan dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) selepas mereka membuat penilaian risiko.

Terma wilayah permulaan terbaik untuk kembalikan semangat MA63 - Fadillah
Fadillah Yusof menyifatkan terma wilayah untuk Sarawak dan Sabah sebagai satu permulaan bagi menghidupkan kembali semangat Perjanjian Malaysia (MA63).

Apa keistimewaan pertukaran status Sabah kepada wilayah? - Razeef Rakimin
Persoalan timbul apabila adakah pertukaran status berkenaan akan membawa impak positif kepada negeri ini seperti hak milik petroleum, hasil bumi dan sebagainya?

Pemergian Putera Philip: Muhyiddin zahir ucapan takziah
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan ucapan takziah buat Ratu Elizabeth II, kerabat diraja Britain dan seluruh rakyat British atas pemergian Putera Philip.

Wilayah Sabah: Tunggu pengumuman rasmi, baru komen - Bung Moktar
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Bung Moktar Radin hanya akan mengulas mengenai pertukaran status negeri kepada wilayah selepas pengumuman rasmi mengenainya dibuat.

Hajiji Noor alu-alukan penggunaan istilah 'wilayah' untuk Sabah
Isu tular berhubung pertukaran pengunaan istilah wilayah ke atas Sabah dan Sarawak belum dapat disahkan lagi kesahihannya.