MALAYSIA
Kerajaan sentiasa utamakan peluang pendidikan untuk rakyat - Anwar
Perdana Menteri berucap pada program Seminar SPM Cemerlang : Saya Pelajar MADANI Cemerlang di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yuk Choy hari ini. - Foto Bernama
IPOH: Kerajaan sentiasa memikul tanggungjawab untuk menyediakan peluang pendidikan yang mencukupi serta mengutamakan rakyat termasuk pelajar cemerlang bagi melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi dalam negara.
Ringkasan AI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang berusaha memperluas peluang pengajian di dalam negara di samping membuka ruang kepada pelajar untuk menyambung pengajian di institusi luar negara.
"Saya lihat bila buka UPU (Unit Pusat Universiti), bergaduh tidak dapat (tempat). Sampai jadi isu kaum, maka kita dengar semua (masalah) dan cari penyelesaian berunding dengan baik.
"Jangan runsing. Itu tanggungjawab kita sediakan. (Walau) ada 170,000 pelajar luar negara hendak belajar di sini, kita bagi keutamaan kepada rakyat Malaysia. (Belanjawan 2026) 1,500 tempat kita sediakan untuk pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan matrikulasi," katanya.
Beliau berkata demikian di hadapan 1,500 pelajar yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Program SPM Cemerlang MADANI di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Choy di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.
Semalam, ketika membentangkan Belanjawan 2026, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan bersetuju menambah 1,500 tempat baharu bagi pengajian ijazah sarjana muda dalam 10 bidang utama di lima universiti penyelidikan negara.
Bidang tersebut termasuk undang-undang, perakaunan, ekonomi, perbankan, kewangan Islam, kecerdasan buatan (AI) dan bahasa dengan keutamaan diberikan kepada pelajar cemerlang termasuk lulusan STPM.
Dalam pada itu, Anwar berkata kehadiran pelajar antarabangsa juga penting dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan global sambil menegaskan kehadiran mereka sama sekali tidak menjadi ancaman kepada peluang pendidikan rakyat tempatan.
"Dia (pelajar antarabangsa) kalau ke sini bayar penuh. Jangan halang mereka masuk, kita perlu penyertaan pelajar luar," katanya.
Selain itu, beliau berkata kerajaan sentiasa meletakkan pendidikan sebagai bidang utama yang diberikan peruntukan antara tertinggi dalam pembentangan belanjawan setiap tahun bagi menambah baik mutu pendidikan negara.
"Kebanyakan negara (bidang) pertahanan banyak peruntukan. Kita syukur rantau kita aman. Peruntukan paling besar ialah pendidikan sebab ini masa depan kita," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini
Ringkasan AI
- Kerajaan komited memperluas peluang pendidikan tinggi untuk rakyat tempatan, dengan keutamaan kepada pelajar cemerlang STPM dan matrikulasi, termasuk penambahan 1,500 tempat baharu di lima universiti penyelidikan.
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pelajar antarabangsa tidak menjejaskan peluang rakyat Malaysia, kerana mereka membayar penuh dan menyumbang kepada usaha menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan global.
- Pendidikan kekal sebagai bidang utama dalam belanjawan tahunan, dengan peruntukan tertinggi bagi menjamin masa depan negara melalui pembangunan ilmu, kemahiran dan keadilan pendidikan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang berusaha memperluas peluang pengajian di dalam negara di samping membuka ruang kepada pelajar untuk menyambung pengajian di institusi luar negara.
"Saya lihat bila buka UPU (Unit Pusat Universiti), bergaduh tidak dapat (tempat). Sampai jadi isu kaum, maka kita dengar semua (masalah) dan cari penyelesaian berunding dengan baik.
"Jangan runsing. Itu tanggungjawab kita sediakan. (Walau) ada 170,000 pelajar luar negara hendak belajar di sini, kita bagi keutamaan kepada rakyat Malaysia. (Belanjawan 2026) 1,500 tempat kita sediakan untuk pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan matrikulasi," katanya.
Beliau berkata demikian di hadapan 1,500 pelajar yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Program SPM Cemerlang MADANI di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Choy di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.
Semalam, ketika membentangkan Belanjawan 2026, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan bersetuju menambah 1,500 tempat baharu bagi pengajian ijazah sarjana muda dalam 10 bidang utama di lima universiti penyelidikan negara.
Bidang tersebut termasuk undang-undang, perakaunan, ekonomi, perbankan, kewangan Islam, kecerdasan buatan (AI) dan bahasa dengan keutamaan diberikan kepada pelajar cemerlang termasuk lulusan STPM.
Dalam pada itu, Anwar berkata kehadiran pelajar antarabangsa juga penting dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan global sambil menegaskan kehadiran mereka sama sekali tidak menjadi ancaman kepada peluang pendidikan rakyat tempatan.
"Dia (pelajar antarabangsa) kalau ke sini bayar penuh. Jangan halang mereka masuk, kita perlu penyertaan pelajar luar," katanya.
Selain itu, beliau berkata kerajaan sentiasa meletakkan pendidikan sebagai bidang utama yang diberikan peruntukan antara tertinggi dalam pembentangan belanjawan setiap tahun bagi menambah baik mutu pendidikan negara.
"Kebanyakan negara (bidang) pertahanan banyak peruntukan. Kita syukur rantau kita aman. Peruntukan paling besar ialah pendidikan sebab ini masa depan kita," katanya.
-- BERNAMA

#Anwar Ibrahim
#peluang pendidikan untuk rakyat
#melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi
#Belanjawan 2026