awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan seru usahawan muda perlu berani ambil risiko - Fadillah

Khalis Khadir
Khalis Khadir
01/11/2024
15:58 MYT
Kerajaan seru usahawan muda perlu berani ambil risiko - Fadillah
Fadillah pada Majlis Anugerah 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh 2024 di Kuala Lumpur pada Jumaat. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa membuka ruang kepada usahawan muda untuk mengembangkan potensi mereka ke tahap yang lebih tinggi.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia diterjemahkan kerajaan dengan mewujudkan persekitaran bagi membolehkan golongan muda yang berwawasan menyumbang kepada ekonomi negara.
Beliau menjelaskan, komuniti keusahawanan turut memainkan peranan untuk menggalakkan lebih ramai anak muda tempatan tampil berani mengambil risiko dan meneruskan aspirasi keusahawanan.
“Kita menekankan pentingnya mewujudkan ekosistem yang berkembang yang bukan sahaja memajukan kejayaan individu tetapi juga menyumbang kepada pembinaan ekonomi yang berdaya tahan dan makmur untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh 2024, di sini, pada Jumaat.
Fadillah menambah, semua pihak terutama pemain industri dan usahawan muda perlu meningkatkan kerjasama bagi merealisasikan aspirasi membina negara maju melalui inovasi dan keusahawanan.
“Bersama-sama, kita boleh mewujudkan persekitaran yang menyokong kerjasama, inovasi seterusnya memberi semangat kepada setiap daripada anda untuk memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan negara kita.
“Pencapaian anda mewakili masa depan yang lebih cerah untuk negara kita, menginspirasikan kita semua untuk berganding bahu dalam mencipta Malaysia yang maju melalui inovasi dan peluang,” ujarnya.
Acara 100 MIYE dianjurkan oleh Entrepreneur Insight (El) mengiktiraf usahawan muda negara yang berani, kreatif dan inovatif dengan menetapkan piawaian semangat keusahawanan Malaysia.
Topic Berkaitan
#usahawan
#keusahawanan
#pemain industri
#inovasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan